Kumpulan penggodam terkemuka tempatan iaitu DragonForce Malaysia kini giat melancarkan serangan siber terhadap Israel selepas bumi Gaza dihentam dengan begitu dahsyat sehingga hari ini.
Serangan siber itu dilakukan sebagai tanda solidariti bagi mengutuk tindakan rejim itu bagi menuntut regim Israel menghentikan segala tindakan ketentetaraan ke atas rakyat Gaza.
Baca Juga:
- Sebagai Protes Terhadap Kekejaman Di Palestin, DragonForce Malaysia Lancarkan #OpsPetir Terhadap Israel
- Tindakan DragonForce Malaysia Bocorkan Data 280,000 Pelajar Israel Dapat Perhatian Media Pro-Zionist
- Laman Web Kerajaan Dan Media Israel Diserang Penggodam Rusia
https://twitter.com/dragonforceio/status/1714173114354200846?s=46&t=He3ChCqRX5E25g8hKPKVRw
Baru-baru ini DragonForce ada memuat naik memuat naik tangkap layar senarai maklumat perbankan individu yang dipercayai milik rakyat Israel. Pihak penggodam berkongsi maklumat tersebut secara terbuka kepada warga tempatan untuk digunakan.
Katanya, terdapat individu yang berjaya melakukan transaksi menggunakan data berkenaan. Susulan perkongsian maklumat itu, ada yang mendakwa berjaya membuat pembelian iPhone 14 Pro Max, kerusi gaming dan menyalurkan sumbangan ke tabung bantuan Palestin.
Menjengah ke ruangan komentar, beberapa warga maya mempersoalkan tentang kod kebenaran transaksi (TAC) sekiranya diperlukan. Namun, ada menyatakan keselamatan perbankan negara berkenaan tidak kukuh seperti di Malaysia.
Dalam pada itu, sebahagian netizen menyatakan mereka sudah mencuba kesemua akaun perbankan yang dikongsikan itu tetapi ia telah disekat atau sudah overlimit.
Selain itu, ramai juga yang mempersoalkan yang mempersoalkan mengenai hukum agama berhubung penggunaan wang daripada akaun yang digodam. Menerusi ciapan berasingan, pihak DFM itu berkongsi sebuah video Ustaz Azhar Idrus berhubung pengambilan harta kafir harbi.
Tidak kurang juga yang mempersoalkan keselamatan data peribadi mereka yang berpotensi didedahkan selepas menggunakan akaun tersebut.