Awal bulan ini, ramai yang teruja apabila pawagam berkonsep tonton dalam kereta bakal dibuka di Kuala Lumpur. Kami pasti ramai yang rasanya tidak sabar untuk merasai pengalaman menonton filem di sini.

Untuk pengetahuan anda, pawagam ini sudah pun dibuka untuk umum dan anda sudah boleh pergi menontonnya bermula semalam! Nescafe M-Junction Drive-In Cinema terletak di MATIC, Jalan Ampang dan anda sudah boleh menempah tiket secara rasmi di sini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Team SAYS antara yang terawal merasai pengalaman menonton filem dalam kereta di sini. Berdasarkan perkongsian mereka, SOP standard seperti pemeriksaan suhu badan tetap dijalankan sebelum anda dibenarkan masuk ke ‘pawagam’.

Anda kemudiannya akan diberikan satu speaker Bluetooth untuk menerima audio daripada filem yang anda tonton. Anda digalakkan untuk menonton filem dengan kereta anda ditutup. Anda akan dibekalkan dengan dua unit kipas elektrik portable untuk digunakan di dalam kereta. Anda boleh membaca pengalaman penuh mereka di sini.

Bagaimana pula dengan pilihan filem yang ada? Dukacitanya tiada pilihan filem terkini di pasaran; hanya filem seperti 300: Rise Of An Empire, The Greatest Showman, dan Braven boleh dipilih untuk filem antarabangsa. Jangan Pandang Belakang dan Adnan Sempit pula filem tempatan yang ada.

https://www.instagram.com/p/CC7ka2bp7wn/

Harga tiket
Pakej untuk tiket standard dan VIP

Harga untuk menonton filem di sini? RM99 untuk setiap kereta dan RM159 untuk pakej VIP.Apa beza antara tiket biasa dan VIP? VIP anda akan dapat menonton di dua row hadapan di samping dua hidangan makanan dan popcorn.

Adakah berbaloi untuk menonton filem di sini? Mungkin ia pengalaman yang berbeza buat kali pertama (kerana berlatarkan pemandangan Kuala Lumpur) tetapi harganya yang sedikit tinggi mungkin menjadi kekangan untuk menonton buat kali kedua. Jika anda mahu mencubanya, boleh mula menempah slot di sini.

Pawagam ‘patuh syariah’ pertama di Terengganu baru-baru ini mendapat perhatian netizen. Baca lagi pada pautan di bawah.

Pawagam Berkonsep Tonton Dalam Kereta Pertama Bakal Dibuka Di Malaysia

Pawagam ‘Patuh Syariah’ Pertama Di Terengganu Ini Asing Tempat Duduk Ikut Jantina Curi Perhatian Netizen