Pos Malaysia Berhad telah mengeluarkan kenyataan di mana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan lagi keluarkan slip cukai jalan (roadtax) fizikal bagi kenderaan persendirian milik warganegara Malaysia.
Penamatan itu melibatkan pejabat pos di seluruh Malaysia mulai 1 Februari ini.
Baca Juga:
- Ini Pencerahan Anthony Loke Untuk 6 Persoalan Mengenai Pemansuhan ‘Sticker Roadtax’ Dan Lesen Fizikal

- Lesen Memandu Kini Boleh Dicetak Kad Fizikal Pada Harga RM20

- JPJ Perkenalkan Rekaan Lesen Memandu Fizikal Baharu, Apa Yang ‘Special’?

“Sekiranya anda memerlukan slip fizikal, perbaharui road tax dan insuran motor anda di pejabat pos berdekatan sekarang sebelum 1 Februari,” katanya.
Sementara itu, lesen memandu kini boleh dicetak kad fizikal dengan caj sebanyak RM20.
Permohonan itu boleh dibuat tanpa mengemukakan bukti perjalanan ke luar negara.