Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) skuad Harimau Malaya, Rob Friend menegaskan pemain warisan bukanlah satu jalan penyelesaian bagi meningkatkan prestasi pasukan negara.
Menurutnya, pemain tempatan yang memainkan peranan besar dalam pasukan negara sambil dibantu oleh kelibat pemain warisan.
Baca Juga:
- Bintang Sabah Calon Pemain Warisan Harimau Malaya
- Safawi Rasid Mahu Ambil Tindakan, Bengang Difitnah Meninggal Dunia
- Portimonense Umum Salah Seorang Pemain Mereka Dipanggil Malaysia
Rob Friend berkata kehadiran pemain warisan hanya menyelesaikan masalah di beberapa posisi dan tidak boleh dijadikan sebagai kayu ukur untuk pasukan negara mempamerkan prestasi cemerlang.
Pemain Warisan Strategi, Bukan Solusi Kata Rob Friend

“Mereka bukan solusi tetapi sebahagian daripada strategi. Macam pemain antarabangsa yang baru tiba, mereka memerlukan proses untuk memahami budaya dan pasukan.
“Mereka bukan jawapan kepada segala-galanya tetapi mereka sudah tentu menambah kekuatan skuad. Saya fikir mereka membawa mentaliti berbeza dan harapnya memberi motivasi kepada pemain Malaysia bahawa pemain baru tiba dalam skuad dan akan bersaing di posisi mereka,” katanya dipetik dari laporan Harian Metro.
Setakat ini, hanya seorang pemain warisan yang sudah diketahui umum iaitu pemain tengah kelab Portugal, Portimonense iaitu Hector Hevel.

Hevel merupakan pemain tengah menyerang berusia 29 tahun yang mana beliau dilahirkan di Leidschendam, Belanda.
Sebelum menyertai Portimonense pada awal musim ini, Hevel pernah beraksi bersama beberapa kelab seperti AEK Larnaca, Andorra, Cartagena dan Guangxi Pingguo dalam saingan Liga China.
Sepanjang kariernya, Hevel belum pernah beraksi dengan mana-mana pasukan kebangsaan sama ada di peringkat bawah umur ataupun senior.
Menurut perkongsian wartawan Astro Arena iaitu Fina Nasrom, pemain Sabah FK iaitu Jon Irazabal merupakan salah satu calon sebagai pemain warisan negara.
Jon Irazabal merupakan pemain berusia 28 tahun yang beraksi di posisi pertahanan kiri dan beliau juga boleh diturunkan sebagai pemain pertahanan tengah.
Irazabal banyak di Sepanyol sebelum beliau menyertai Sabah FK pada 2022. Selain pasukan Azerbaijan itu, beliau juga pernah beraksi untuk Amorebieta, Leioa, Eibar B dan Mirandes.
Pasukan negara sedang bersiap sedia bagi menjalani kem latihan pusat sebagai persediaan untuk menghadapi Nepal dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim pada 25 Mac ini.