Pemain tengah, Rodri rasmi menjadi pemenang Ballon d’Or 2024, dengan menewaskan Vinicius Jr dan Jude Bellingham.

Dalam majlis kali ini delegasi dari Real Madrid membatalkan penerbangan mereka ke Paris kerana kecewa selepas mendapat tahu Vini Jr tak menang.

Vinicius dianggap sebagai calon utama untuk memenangi anugerah kali ini. Namun ternyata tuah tidak memihak kepadanya.

Sebelum itu Real Madrid sudah diumumkan sebagai kelab terbaik dunia. Dan pengurus mereka Carlo Ancelotti menjadi jurulatih terbaik.

Bintang tengah Man Ciity dan Sepayol – Rodri – menjadi maestro penting membantu Sepanyol menjadi juara Euro 2024 dan juga cemerlang membantu Man City menjulang Liga Perdana Inggeris.

Pemain itu akui sangat gembira dengan penghargaan yang dia terima. Menjadikan dia pemain Sepanyol pertama memenanginya.

Dan pemain pertama dari EPL memenangi trofi individu beprestij itu selepas Cristiano Ronaldo pada 2008.

Rodri berkata: “Hari yang sangat istimewa, untuk saya, keluarga saya dan negara saya.

“Saya faham kerana saya tidak mempunyai media sosial, orang tidak begitu mengenali saya.

“Saya hanya seorang lelaki biasa. Saya menikmati sukan ini, saya menikmati profesion saya. Dan saya cuba menjadi orang yang baik. Saya seorang yang sangat tenang orangnya,” tambah Rodri.

Rodri mengambil anugerah  itu dengan bertongkat. Kerana dia masih dalam proses pemulihan kecederaan ACL yang dia alami.