Penyerang kelahiran Argentina, Rodrigo Holgado dilaporkan semakin hampir untuk bergelar pemain warisan sekaligus memperkuatkan skuad Harimau Malaya.
Perkara ini dikongsikan oleh salah seorang wartawan sukan di Colombia dimana Holgado sedang menunggu proses dokumentasi selesai.
Baca Juga:
- Bintang Sabah Calon Pemain Warisan Harimau Malaya
- Gabriel Palmero Anggap Pengalaman Terbaik Sertai Malaysia
- Kelab J1 League Berminat Dapatkan Dion Cools
🚨 La Selección de Malaysia 🇲🇾 tiene dentro de sus convocados a Rodrigo Holgado. Faltan detalles por resolver en su pasaporte, pero están agilizando el tema desde Asia 🔴
👀 #América ya fue informado y está a la espera. El viaje sería muy largo si se confirma todo
🤝🏼… pic.twitter.com/soMgX7iLm5
— Pipe Sierra (@PSierraR) May 19, 2025
Pertalian Rodrigo Holgado Dengan Malaysia Melalui Nenek
Holgado dilaporkan mempunyai pertalian dengan Malaysia melalui neneknya namun tiada pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak setakat ini.

Fecha 13, campeonato Nacional 2023.
El jugador de Coquimbo Unido Rodrigo Holgado
Alejandro Pizarro Ubilla/Photosport
Holgado merupakan penyerang berusia 29 tahun dan ketika ini beliau beraksi bersama América de Cali dalam saingan Liga Colombia.
Setakat ini, beliau sudah menjaringkan 7 gol, dibezakan tiga jaringan dengan penjaring terbanyak ketika ini iaitu Dayro Mauricio Moreno dan Hugo Rodallega dengan 10 gol.

Pemain yang mempunyai ketinggian 1.80 meter itu mempunyai nilai pasaran semasa sebesar €800k atau sekitar RM3.8 Juta.
Seorang lagi pemain yang semakin hampir untuk beraksi bersama skuad kebangsaan ialah Jon Irazabal dimana pemain itu juga sedang menunggu untuk proses dokumentasi selesai.