Pemain warisan negara, Rodrigo Holgado mengkritik media Colombia yang memandang rendah terhadap Malaysia.
Keputusan Holgado untuk beraksi bersama Malaysia nyata sukar diterima oleh ramai pihak khususnya media di Amerika Selatan.
Baca Juga:
- Cklamovski Dapat Senjata Baharu, Malaysia Umum Lagi 4 Pemain Warisan
- Pemain Warisan Malaysia Jadi Sebutan Media Argentina
- Media Indonesia ‘Claim’ Malaysia Tiru Mereka Dengan Ambil Pemain Warisan
Menerusi laman media sosial Instagram, penyerang itu menempelak salah satu media yang memandang rendah terhadap Malaysia.

Kritikan Rodrigo Holgado
“Mereka tidak layak untuk bercakap mengenai liga dan mereka tidak sepatutnya bercakap buruk mengenai pemain dan memperlekeh America.
“Dia seorang wartawan dan orang yang
berperangai buruk ini wujud. Selain itu, dia tidak pernah bermain bola sepak dan tidak tahu apa rasa jadi (pemain).” katanya.

Selepas diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain warisan negara, Rodrigo Holgado terus menjalani sesi latihan bersama rakan sepasukan.
Beliau mungkin diturunkan dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.