Pertarungan yang dinanti-nantikan antara Rodtang Jitmuangnon dan Takeru Segawa akhirnya akan berlangsung dalam ONE 172 di Tokyo, Jepun.
Menjadi tradisi buat para petarung bersemuka di pentas sebelum pertandingan sebenar berlangsung iaitu pada 23 Mac 2025 kelak.
Apa yang mencuri perhatian ramai adalah sosok Juara Dunia ONE Flyweight Muay Thai, Rodtang Jitmuangnon yang lengkap berbusana baju melayu tradisional berwarna hitam dipadan dengan sampin yang miliki rekaan unik sebagai pelengkapnya.
Untuk makluman, semua ini boleh terjadi kerana Elrah Exclusive, sebuah jenama fesyen terkenal, telah bekerjasama dengan Rodtang, juara Muay Thai dunia dari ONE Championship.
Kolaborasi ini menggabungkan gaya elegan baju Melayu Elrah Exclusive dengan imej kuat dan berani Rodtang.
Malah, kolaborasi antara Elrah Exclusive dan Rodtang Jitmuangnon merupakan satu gabungan yang menarik antara dunia fesyen dan sukan tempur.
@onechampionship A showdown years in the making 👊 Takeru and Rodtang throw down in an epic kickboxing super-fight on March 23 at Saitama Super Arena! 🇯🇵 Secure your early-bird PPV for ONE 172 now! 🔥 @rodttang @k1takeru Buy ONE 172: Takeru vs. Rodtang on PPV NOW 👉 link in bio #ONE172 | Sunday March 23 at 4PM JST/12AM PT 🌏🇯🇵🎟️ Global PPV, Japan PPV, and ticketing links in bio
Sementara pesaingnya pula, Takeru Segawa sedia mengenakan suit berwarna cokelat cerah sekaligus memberikan satu kontras yang jelas di antara satu sama lain.
@elazman Takkan Melayu hilang di dunia. Bila seorang juara dunia, @รถถัง จิตรเมืองนนท์ , mengenakan Baju Melayu di pentas global seperti @ONE Championship Tokyo, itu bukan sekadar kain yang membalut tubuh itu adalah maruah, warisan, dan identiti yang dijulang. Jika bukan kita yang mengangkat kebanggaan bangsa, siapa lagi? Jika bukan kita yang memperkenalkan pakaian warisan ke mata dunia, siapa yang akan peduli? Kita bukan sekadar melihat sejarah kita sedang menulisnya. Dari silat ke muay thai, dari warisan ke dunia moden, Baju Melayu bukan sekadar pakaian, ia adalah lambang perjuangan kami @elrahexclusive @Elrahworldwide . Hari ini, seorang juara memakainya di gelanggang. Esok, dunia akan tahu ini warisan kita, ini identiti kita. good luck @rodtang_jimungnon dan @Tawanchay
Sementara itu, netizen dari pelbagai media sosial memuji akan kesegakan yang ditampilkan dengan berbusana baju melayu tradisional di pentas dunia dalam masa sama bangga pakaian tempatan ini sedia disarung oleh lagenda Muay Thai itu bahkan membawa identiti negara kita ke sana bersamanya.


Pertarungan ini dijangka akan menjadi salah satu acara seni bela diri yang paling menarik pada tahun ini.