ROG Malaysia baru sahaja melancarkan siri ROG Phone 6 terbaharu buat pasaran tempatan. Pada kali ini, para peminat bakal ditawarkan dengan tiga pilihan model ROG Phone 6D, ROG Phone 6D Ultimate dan edisi terhad ROG 6 Batman Edition.

Siri ROG Phone 6D kali ini menampilkan rekaan yang lebih premium serta sejumlah ciri menarik dalam memberikan pengalaman permainan yang padu. Oleh itu, Mari kita lihat spesifikasi lengkap untuk ketiga-tiga model ROG Phone terbaharu yang ditawarkan di Malaysia.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

ROG Phone 6D

Model ROG Phone 6D ini dilengkapi dengan skrin 6.78-inci AMOLED FHD+ serta sokongan refresh rate mencecah 165Hz. Malah, skrin ini menyokong paparan HDR10+ untuk keterangan yang jelas. Selain itu, dipadankan dengan cip Dimensity 9000 bersama memori 16GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Kapasiti bateri sebesar 6,000mAh berserta sokongan pengecasan pantas 65W bakal menjamin pengalaman permainan yang lancar sepanjang hari. Ciri utama pada siri kali ini adalah butang bahu kapasitif Air Trigger yang telah dinaik taraf untuk merasai pengalaman permainan yang melangkaui permainan konsol.

Dari segi fotografi pula, kamera utama menggabungkan sensor 50MP sudut lebar, 13MP ultra sudut dan 5MP makro. Sementara itu, kamera swafoto pula sebesar 12MP. Dalam pada itu, sebuah bicu audio 3.5mm turut disertakan serta dua port pengecas di bahagian bawah dan di sisi untuk memberikan keselesaan pengecasan sewaktu sesi bermain.

ROG Phone 6D Ultimate

Sementara versi Phone 6D Ultimate pula masih berkongsi spesifikasi yang sama seperti model di atas. Perbezaan yang hanya boleh dilihat dari segi pilihan storan dalaman mencecah 512GB dan panel belakang yang hadir dengan skrin ROG Vision PMoled padanya.

Satu lagi keunikan 6D Ultimate adalah terdapat lubang udara yang terbuka untuk memberikan penyejukan yang lebih baik apabila dipadankan dengan sistem kipas penyejuk AeroActive Cooler 6. Memandangkan rekaan peranti adalah sama sahaja dengan Phone 6 dan Phone 6 Pro sekaligus boleh menggunakan aksesori yang sama.

ROG Phone 6 Batman Edition

Menerusi pelancaran ini juga, ROG turut membawakan edisi khas bertemakan adiwira Batman. ROG Phone 6 Batman Edition ini dilengkapi dengan cip Mediatek Dimensity 9000+ serta memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Sejumlah ciri seperti Phone 6 dibawakan pada model ini tetapi diselitkan elemen Batman.

Ini termasuklah sejumlah kandungan terbina seperti gambar latar, animasi pengecasan serta pelbagai pilihan grafik dan tonan berasaskan Batman. Tidak hanya dengan itu, kotak pembelian turut hadir dengan sebuah kotak khusus bersama lampu pemancar logo Batman dan juga pengeluar bahagian SIM dengan logo Batman.

Buat peminat ROG tempatan, harga jualan untuk model Phone 6D adalah RM3,499 untuk 12GB/256GB sementara variasi Phone 6D Ultimate pula berharga RM4,999 untuk 16GB/512GB. Kedua-dua model ini sedia ditawarkan bermula 9 November kelak.

ROG Phone 6 Batman edition pula boleh didapatkan pada harga RM4,799 untuk 12GB/256GB bersama set aksesori khas bertemakan adiwira ini. Bagaimanapun, model ini hanya ditawarkan pada akhir bulan November kelak.

Sumber