ROG Malaysia pada bulan lalu melancarkan siri ROG Phone 6 terbaharu buat pasaran tempatan. Pada kali ini, para peminat bakal ditawarkan dengan tiga pilihan model ROG Phone 6D, ROG Phone 6D Ultimate dan edisi terhad ROG 6 Batman Edition.

Siri ROG Phone 6D kali ini menampilkan rekaan yang lebih premium serta sejumlah ciri menarik dalam memberikan pengalaman permainan yang padu. Oleh itu, Mari kita lihat spesifikasi lengkap untuk ketiga-tiga model ROG Phone terbaharu yang ditawarkan di Malaysia.

Baca Juga:

Dalam pada itu, antara model yang menarik perhatian ramai adalah ASUS ROG Phone 6D. Berikut merupakan mengapa model ini menjadi pilihan khususnya buat para gamer.

ROG Phone 6D

Model ROG Phone 6D ini dilengkapi dengan skrin 6.78-inci AMOLED FHD+ serta sokongan refresh rate mencecah 165Hz. Malah, skrin ini menyokong paparan HDR10+ untuk keterangan yang jelas. Selain itu, dipadankan dengan cip Dimensity 9000 bersama memori 16GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Pastinya para gamer tidak lagi mengalami masalah untuk bermain game dengan kualiti yang tinggi tanpa mengalami masalah lag dan sebagainya.

Kapasiti bateri sebesar 6,000mAh berserta sokongan pengecasan pantas 65W bakal menjamin pengalaman permainan yang lancar sepanjang hari. Ciri utama pada siri kali ini adalah butang bahu kapasitif Air Trigger yang telah dinaik taraf untuk merasai pengalaman permainan yang melangkaui permainan konsol.

Dari segi fotografi pula, kamera utama menggabungkan sensor 50MP sudut lebar, 13MP ultra sudut dan 5MP makro. Sementara itu, kamera swafoto pula sebesar 12MP. Dalam pada itu, sebuah bicu audio 3.5mm turut disertakan serta dua port pengecas di bahagian bawah dan di sisi untuk memberikan keselesaan pengecasan sewaktu sesi bermain.

Buat peminat ROG tempatan, harga jualan untuk model Phone 6D adalah RM3,499 untuk 12GB/256GB. Sebuah harga yang berbaloi melihatkan kepada penawaran yang ditawarkan khususnya melibatkan spesifikasi yang lengkap.