Seorang pegawai polis berpangkat Lans Koperal telah didakwa atas kesalahan rogol seorang remaja warga asing yang masih dikategorikan sebagai kanak kanak.

Kejadian itu dilaporkan dilakukannya di dalam kereta peronda polis. Selain daripada tuduhan jenayah rogol kanak kanak, polis berpangkat Lans Koperal itu juga dituduh melakukan beberapa lagi kesalahan amang seksual.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut laporan Harian Metro, tertuduh, Muhammad Fazrul Razzi Yunus, 31, mengaku tidak bersalah sebaik jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin.

Laporan yang sama menyebut bahawa polis tersebut telah memaksa mangsa yang merupakan kanak kanak berusia 17 tahun itu melakukan hubungan di luar tabii pada 9 Januari lalu di Persiaran Saujana, Ampang kira kira 10.30.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376(1), 377C, dan 377CA Kanun Keseksaan selain Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.

Tertuduh kini berdepan hukuman penjara hingga 30 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad turut menawarkan jaminan RM20,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Seterusnya pasport diserahkan kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis berdekatan.

Namun begitu peguam yang mewakili tertuduh, G Visvanathan Nair memohon jaminan RM5,000 bagi sahaja bagi setiap pertuduhan.

Hal ini kerana menurut peguamnya, anak guamannya masing menanggung isteri dan dua anaknya yang berusia setahun dan empat tahun. Selain turut menanggung ibu dan bapanya yang sudah uzur.

Peguam tetuduh turut mendedahkan bahawa anak guamannya mengidap penyakit saraf otot dinamakan ‘Myasthenia gravis’.

Oleh itu hakim setuju mengurangkan jaminan kepada RM20,000 bagi semua pertuduhan dan syarat tambahan seperti diminta pendakwaan.

Dalam pada itu bertempat di Mahkamah Majistret, Muhammad Fazrul Razzi turut didakwa bersama sama dengan Konstabel Muhammad Adib Aikal Sharul Nizam atas kesalahan pemerasan dan mendatangkan ketakutan kepada teman lelaki mangsa.

Kedua dua anggota polis itu mengugut akan menyebarkan video kedua dua remaja tersebut sedang bercumbu dan meminta remaja itu memberikan wang RM500.00.

Kesalahan itu dilakukan di tepi jalan Ampang Hillview, di sini, jam 10.09 malam, 9 Januari lalu.

Oleh itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dibaca bersama Sesyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman terbabit, jika sabit kesalahan.

Peguam yang mewakili kedua dua tertuduh meminta pengurangan jumlah jaminan itu.

Hakim, Amalina Basirah membenarkan jaminan RM4,000 bagi setiap tertuduh dengan syarat tambahan tidak mendekati mangsa dan melaporkan diri di balai polis terdekat setiap bulan.

Kedua-dua mahkamah menetapkan 12 Mac ini untuk sebutan semula kes.