Filem Siam Curse akan ditayangkan pada 14 September 2023 di semua pawagam terdekat dan anda boleh menontonnya nanti. Bagi peminat filem seram, pastinya naskah yang dibawa dari Thailand ini adalah filem yang anda tidak mahu terlepas menontonnya.

Sedikit sinopsis, filem Siam Curse ini mengisahkan tentang cinta segitiga antara kawan baik yang jatuh cinta dengan orang yang sama dan disebabkan itu, ilmu sihir turut terlibat. Ini menjadi tragedi yang membawa kepada dendam yang menakutkan dan tidak pernah berakhir kepada generasi akan datang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dapat dilihat menerusi trailer, Ploy cuba melindungi orang yang disukainya, Nop daripada dibunuh oleh roh jahat maknya, Prae. Ini kerana, ayah Nop yang hatinya dilukai Prae telah mengenakan sihir hitam sehingga mati lalu dia pun menjadi roh jahat.

Apakah Ploy dapat mampu menewaskan roh jahat maknya dan melindungi orang tersayang atau sebaliknya? Sama-sama kita nantikan dengan menonton filem ini. Sementara itu, tonton dahulu trailer Siam Curse ini.