Cristiano Ronaldo hadiahkan Donald Trump jersi miliknya kepada presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Persiden Majlis Eropah, Antonio Costa menyerahkan jersi Portugal yang ditandatangani Cristiano Ronaldo kepada Donald Trump.

trump

Antonio Costa yang berasal dari Portugal hadir ke persidangan kemuncuak G7 di Kanada. Antonio Costa menjadi presiden Majlis Eropah sejak 2024, telah tiba di Kannaskis, Alberta pada Isnin lalu.

Beliau meluangkan masa untuk menyerahkan jersi Cristiano Ronaldo yang ditandatangani sendiri pemain itu kepada presiden Amerika Syarikat, Donal Trump.

Cristiano Ronaldo hadiahkan Donald Trump jersinya

Trump teruja menerima jersi no.7 yang ikonik itu daripada kapten Portugal itu yang disampaikan oleh bekas Perdana Menteri Portugal, Antonio Costa.

Cristiano Ronaldo hadiahkan Donald Trump jersi miliknya dan sempat menyelitkan mesej ringkas pada jersi tersebut: “Kepada Presiden Donald Trump, bermain untuk keamanan” atau “Playing for peace”.

ronaldo hadiahkan donald trump

Mesej itu sangat jelas, di mana Cristiano Ronaldo mahukan Donald Trump sentiasa prihatin dengan keamanan sejagat.

Terutama sekali ketika sedang berlaku kemelut politik di antara Tel Aviv dan Tehran pada ketika ini.

Donald Trump antara tokoh yang menjadi perhatian dunia, kerana baru baru ini dia telah memberikan amaran kepada rakyat Iran untuk meninggalkan Tehran.

Meningkatkan kebimbangan rakyat Iran bahawa A.S. akan menyertai I*sr*el dalam misi ketenteraan mereka di negara tersebut.

Trump memberikan reaksi: “Saya sukanknya, ‘playing for peace’,” tegas presiden A.S berusia 79 tahun itu.

Jika Trump sudah 2 kali menaiki tahta presiden A.S, CR7 pula pemenang 5 kali Ballon d’Or. Dia menjadi pemain bola sepak paling berpengaruh sejak sekian lama.

Ronaldo merupakkan penjaring terbanyak untuk bola sepak lelaki di peringkat antarabanga dengan 138 gol.

Cristiano Ronaldo
Sumber Gambar: Goal/a>

Baru baru ini, Ronaldo mengetuai negaranya menjuarai Piala Negara Negara Eropah. Dan pemain itu optimis akan beraksi di Piala Dunia 2026 yang dianjurkan bersama oleh Amerika Syarika, Kanada dan Mexico.