Walaupun cheese leleh dikatakan boleh menambah kesedapan pada makanan, tetap tidak bermaksud ia sesuai dipadankan pada semua juadah makanan.

Baru-baru ini tular sebuah video di laman X yang memaparkan kedai menjual sate dengan gandingan cheese leleh bertempat di Ipoh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi video itu, dapat dilihat seorang seorang wanita sedang review makanan di kedai itu. Antara makanan yang dijual adalah sate cheese ayam dan sate cheese daging.

Cheese yang diletakkan itu sangatlah banyak kerana bukan setakat sos keju sahaja, malahan sate itu juga disaluti keju mozarella yang boleh ditarik panjang.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 386.9K views, 746 reposts dan 67 likes di X, netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Rata-ratanya netizen mempersoalkan apakah rasionalnya meletakkan cheese leleh pada sate kerana mereka merasa serba tidak kena gandingan tersebut.

Sumber Gambar: x @PerakFood
Sumber Gambar: x @PerakFood

Malah, netizen juga mendakwa tindakan itu telah merosakkan juadah tempatan yang selama ini terbukti kesedapannya tanpa perlu inovasi sebegini. Ada sebahagian pengguna lain pula tertanya-tanya sama ada rasa sate itu bertambah sedap atau hanya sekadar hype untuk menarik pelanggan semata-mata.

 

Sumber