Ini adalah detik pemain pemain Estudiantes La Plata membuat perbarian hormat atau Guard of Honour kepada juara baharu Argentina, Rosario Central, di mana pemain pemain Estudiantes membelakangi mereka.
SÍ SEÑORES EMOCIONA
LOS JUGADORES DE ESTUDIANTES HICIERON EL PASILLO DE ESPALDAS CONTRA ROSARIO CENTRAL pic.twitter.com/tFimn5QreW
— Toto (@palertermo) November 23, 2025
Ini adalah sebab kenapa kejuaraan Rosario Central dianggap kontroversi dan lebih kepada pemberian berbanding diraih.
Rosario Central diumumkan sebagai “League Champion” Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA).
Tetapi gelaran ini bukanlah kejuaraan yang ditentukan seperti juara klasik yang diasaskan melalui perlawanan sengit dan final dramatik di play off antara juara kumpulan.
Ada banyak suara yang mempertikaikan kejuaraan musim ini.
1. AFA perkenal sistem baharu tentukan juara
AFA telah memperkenalkan gelaran “League Champion” berdasarkan “Annual Table” iaitu gabungan mata sepanjang musim Apertura dan Clausura.
Ini bukan cara tradisional: biasanya juara liga ditentukan melalui pertandingan liga biasa atau playoff, tetapi di sini AFA menukar peraturan selepas musim ini bermula. Dan keputusan menentukan juara dibuat sebelum liga kumpulan berakhir.
Keputusan sebegini memberi gambaran ia adalah “ditentukan oleh pejabat”, bukannya kerana merit prestasi di atas padang.
Ada yang merasakan bahawa selepas pertandingan bermula, sepatutnya peraturan yang sudah diatur ketika liga bermula harus diguna pakai.
Dan untuk peraturan baharu yang ditentukan selepas sepak mula pertama musim ini, sepatutnya diguna pakai musim berikutnya.
2. Struktur liga tidak seimbang
Sistem liga Argentina ketika ini sangat kompleks. Di mana pasukan tidak bermain semua lawan secara round-robin penuh, sebaliknya ada zon atau kumpulan A dan B.
Ini menimbulkan persoalan: Adakah sistem “annual table” benar-benar mencerminkan kekuatan sebenar semua pasukan?
Ini kerana semua pasukan tidak berdepan satu sama lain daripada kumpulan berbeza.
Oleh itu perbezaan jumlah mata mungkin tidak mencerminkan kekuatan sebenar.
3. Waktu pengumuman yang kontroversi
AFA mengumumkan gelaran baru ini ketika musim belum sepenuhnya berakhir, terutama sekali sebelum playoff.
AFA mengisytiharkan juara “League Champion” Rosario Central pada 20 November 2025, dalam satu mesyuarat eksekutif di ibu pejabat AFA.
Jadi bagi peminat di Argentina, ianya seperti “mengisytiharkan juara sebelum peperangan tamat”.
Ini sekaligus mencetuskan keraguan sama ada AFA telah mengambil kesempatan dari peraturan teknikal demi mengiktiraf Rosario Central lebih awal.
4. Penolakan sebahagian kelab
Tidak semua kelab bersetuju bahawa perubahan ini adalah keputusan yang adil untuk menentukan juara.
Ada laporan bahawa beberapa pasukan tidak benar-benar memberi persetujuan terhadap gelaran baru ini, tetapi AFA tetap meneruskan hasrat mereka.
Kritikan dari kelab-kelab lain menunjukkan wujud ketidaksepakatan dalaman, dan ini melemahkan kredibiliti gelaran tersebut.
5. Diangap kerana politik dalam AFA
Kritikan juga timbul dari segi politik: adakah AFA melakukan ini demi kepentingan tertentu?
Ada pendapat bahawa perubahan peraturan ini memberi manfaat besar kepada Rosario Central dalam aspek imej dan propaganda, bukan semata-mata sebagai ganjaran untuk prestasi padang.
Lantas ada yang menganggap keputusan ini seakan akan menguntungkan pihak tertentu.
Rumusan
Kesimpulannya, keputusan AFA untuk beri Rosario Central gelaran “League Champion” memang sah mengikut peraturan baru.

Namun dari sudut moral sukan dan persepsi peminat, ada banyak keraguan.
Peminat mulai menganggap Rosario Central sebagai juara yang “ditentukan pejabat AFA” yang dianggap tidak layak dihormati sama seperti juara melalui persaingan adil.
Kalau AFA mahu gelaran ini kekal dihormati, mereka kena telus: jelaskan proses keputusan, pastikan struktur liga lebih adil, dan pastikan gelaran ini benar-benar berfungsi sebagai penghargaan kompetitif, bukan sekadar simbolik.