Isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor menuntut ganti rugi RM1 juta daripada seorang pemegang akaun TikTok yang disamannya berkaitan rakaman video yang mengaitkan beliau dengan amalan ilmu hitam.

Memetik Berita Harian, beliau menuntut jumlah itu dalam afidavit difailkan pada prosiding taksiran ganti rugi yang perlu dibayar Ku Muhammad Hilmie Ku Din.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ini kerana Rosmah percaya kenyataan fitnah yang terkandung dalam rakaman video itu memusnahkan kredibiliti, nama baik dan reputasinya, selain memberi gambaran beliau gagal mempraktikkan nilai Islam.

Peguam Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff, berkata afidavit difailkan Rosmah di Mahkamah Tinggi tahun lalu sudah diserahkan kepada defendan terbabit, namun ia tidak dibalas.

Semalam, Hakim Datuk Ahmad Shahrir Salleh menetapkan 27 Mei depan bagi pendengaran kes berkenaan dan mengarahkan peguam mewakili Rosmah menghantar hujahan bertulis dua minggu sebelum tarikh pendengaran.

Fail saman itu dibuat pada 19 September 2023. Dalam saman itu, beliau mendakwa defendan memuat naik video dalam akaun TikTok enam bulan sebelum itu yang mengandungi kenyataan palsu dan fitnah terhadapnya.

Rosmah nafi amal ilmu hitam

Katanya, kenyataan disangkal itu menuduhnya melakukan perbuatan berdosa seperti upacara membabitkan syaitan dan bomoh, selain mendakwanya mengamalkan syirik.

Rosmah berkata, kenyataan itu merosakkan reputasinya sebagai isteri perdana menteri keenam dan pelbagai pertubuhan dinaunginya di Malaysia.

Beliau turut mendakwa ia mengakibatkan dirinya dipandang negatif oleh orang ramai, diejek dan dihina, selain mencemarkan nama baik sebagai tokoh masyarakat dikenali.

Sumber