Datuk Rosyam Nor meminta semua pihak menilai drama Keluarga Itu dari sudut positif dan menjadikan apa yang berlaku di dalam drama itu sebagai pengajaran.

Beliau akui drama tersebut mendapat kritikan hebat di media sosial termasuk daripada golongan agamawan. Namun bagi Rosyam Nor kritikan itu adalah perkara biasa dalam kariernya.

Drama keluarga itu dapat krtitikan

Ada yang menyatakan bahawa drama Keluarga Itu telah memaparkan unsur unsur yang tidak patut dipertontonkan kepada masyarakat.

Dia juga menegaskan bahawa itu bukti watak yang dia bawakan berkesan dan sampai kepada peminat.

Bercakap kepada mStar, Rosyam Nor berkata: β€œSaya hanya buat kerja saya sahaja supaya orang tengok apa yang tersirat dalam drama itu. Kalau nak kata mengenai kecaman, kami (pelakon) ini sudah selalu dikecam walaupun buat baik atau buruk.

β€œApa yang penting adalah mereka mengetahui perkara tersirat cerita itu. Perkara ini memang berlaku dalam masyarakat.”

Selain itu Rosyam Nor menganggap bahawa industri hiburan juga boleh menjadi medan untuk menyampaikan dakwah untuk generasi akan datang, misalnya menerusi drama Keluarga Itu.

Beliau juga mendedahkan bahawa dia rasa watak dalam drama ini adalah gambaran kepada perkara sebenar yang memang ada berlaku dalam masyarakat.

Oleh sebab itu, beliau merasakan bahawa isu tersebut wajar untuk dikupas. Jadi Rosyam Nor tidak setuju kalau isu seperti yang dibangkitkan dalam drama ini tidak ditayangkan kepada masyarakat menerusi medium hiburan.

Rosyam Nor menambah: β€œIni adalah untuk generasi akan datang. Susahlah kalau nak sorokkan perkara itu. Hiburan ini juga merupakan platform untuk menyampaikan dakwah.”

rosyam nor

Bagi Rosyam Nor, sambutan seseorang itu bergantung kepada bagaimana mereka melihat drama tersebut dari sudut berbeza.

Jadi sangat penting untuk peminat bijak melihat drama Keluarga IttuΒ  daripada sudut pandangan positif.

Apapun, ramai yang memuji lakonan Rosyam Nor sebagai masih berkualiti dan sekali lagi membuktikan bahawa dia memang seorang legenda.