Datuk Rosyam Nor mahu menyaman individu yang mengaitkan dia dengan kes perceraian Fattah Amin.
Di mana ada individu memutar belitkan fakta dengan mendakwa, Rosyam Nor sudah pernah menasihati Fattah Amin dengan bersaksikan Ellie Suriaty. Dan netizen itu menyatakan bahawa dia sendiri ada di situ.
Fattah Amin dan Fazura sah bercerai beberapa minggu lalu. Rumah tangga 7 tahun pasangan tersebut akhirnya musnah.
Berita tersebut menjadi subjek sensasi di media masa. Sehingga ada individu yang memandai mandai mereka reka cerita kononnya Rosyam Nor pernah masihati Fattah Amin patut dah tahu dari awal dengan siapa dia bernikah dan poket kena tebal.
Rosyam Nor sudah mengenalpasti akaun media sosial individu yang menyebarkan fitnah tersebut. Dan dia sudah sedia mengambil tindakan perundangan.
Dalam tulisannya di Instagram, Rosyam Nor berkata: “Korang tunggu aku seret korang pergi makamah! Buat fitnah, aibkan orang.”
Rata rata pengikut Datuk Rosyam Nor mengalu alukan tindakan saman tersebut. Kerana sudah melampau mengaitkan Rosyam Nor dengan keretakan rumah tangga orang lain.
Seorang lagi pengikut Rosyam Nor yakin bahawa individu tersebut cuba mengaitkan video podcast lama Rosyam Nor dengan perceraian tersebut. Sedangkan ianya tiada kaitan dengan kisah Fattah Amin.
Netizen tersebut berkata: “Yes bagus Kasi tindakan ,sebab menyebarkan fitnah. Video lama tu kena up balik atas nasihat umum sahaja,ada orang ambik kesempatan nak api-apikan keadaan sebab nak naikkan viewers dia.”
Ada juga yang berkata: “Bagus Cikgu Sunan, ambil tindakan. Jangan biarkan orang tabur fitnah.”
Mereka merujuk kepada watak Cikgu Sunan yang dimainkan Rosyam Nor dalam filem Memoir Seorang Guru.