Roti canai, salah satu hidangan pagi dan makanan ringan paling popular di Malaysia, telah disenaraikan sebagai ‘street food’ terbaik di dunia menurut, TasteAtlas, portal panduan pelancongan Croatia. Manakala Gulung lumpia Filipina, yang dikenali sebagai “lumpiang Shanghai,” menduduki tempat kedua diikuti oleh banh mi Vietnam dan karaage Jepun, lapor Coconut KL.
Apa yang menariknya adalah, paratha, makanan traditional bagi negara India berada dikedudukan kelima. Bagi anda yang tidak tahu, roti canai sebenarnya dibuat melalui proses yang sama seperti paratha, namun ia telah diubah suai.
Baca Juga:
- Restoran Ini Tawar Kerja Kosong Sebagai Penebar Roti Canai Dengan Gaji Mencecah RM200,000
- Pengarah Lagi-Lagi Senario Dedah Lokasi Sebenar Warung Roti Canai Azlee Dan Mazlan
- Netizen Berang Roti Canai Dipanggil ‘Asian Flat Croissant’
Untuk pengetahuan anda, TasteAtlas telah dicipta oleh wartawan dan usahawan Matija Babic. Portal ini adalah peta global makanan tradisional dan restoran asli yang terdapat di seluruh dunia. Difahamkan bahawa lebih daripada 10,000 masakan, minuman dan lebih 9,000 kedai makan berbeza telah dikatalogkan oleh organisasi yang berasal dari Croatia ini.
Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama makanan Malaysia berjaya dinobatkan sebagai antara yang terbaik di dunia. Terdahulu, terdapat beberapa makanan lain yang diangkat sebagai antara yang terbaik oleh laman TasteAtlas.
Pada September lalu, Laksa Sarawak pernah diangkat sebagai Makanan Terbaik di Asia oleh portal yang sama dengan skor 4.8 daripada 5 bintang. Laksa Sarawak berjaya mengenepikan Tahchin, Nabemono yang masing-masing berada di tangga kedua dan ketiga. Selain itu, Laksa Sarawak juga telah mengalahkan makanan Jepun yang terkenal iaitu Sushi dan Roti dari India.
Manakala pada bulan Mac tahun ini, Bubur Ayam dari Indonesia telah mengalahkan Nasi Lemak yang sekadar berada di kedudukan ‘OK’ dengan markah 3.9 bersama-sama dengan Chilli Crab dari Singapura dan Banh Xeo dari Vietnam.
Nasi Lemak yang diundi ‘OK’ oleh laman yang sama telah mendatangkan kritikan oleh rakyat Malaysia. Mereka mendakwa bahawa pihak Taste Atlas mungkin tidak pernah merasa Nasi Lemak yang sebenar.
Salah seorang pengguna Facebook yang berasal dari luar negara turut keliru bagaimana proses undian itu dibuat sedangkan dia merasakan bahawa Nasi Lemak sepatutnya berada di antara kedudukan terbaik makanan di Asia Tenggara.
Kemaskini: Dalam senarai terkini yang di kemaskini, roti canai telah jatuh ke tempat ketiga dalam senarai Street Food terbaik dunia.