Pada bulan Februari lalu, portal TasteAtlas mengumumkan roti canai berada di tangga kedua bagi kategori ‘Makanan Jalanan Terbaik di Dunia’.

Terbaharu, TasteAtlas mengumumkan roti canai menduduki di tangga pertama bagi kategori ‘100 Roti Terbaik Di Dunia’, menewaskan 99 lagi jenis roti dari pelbagai benua dan negara seluruh dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi hantaran X @TasteAtlas, roti canai telah menerima penilaian sebanyak 4.9 bintang. Walaupun markah penilaian tersebut sama dengan Pan de Mono dari Kolumbia, namun keunikan dan kesedapan tersendiri yang ada pada roti canai telah melayakkannya menjadi juara carta tersebut.

Roti canai turut menewaskan Butter Garlic Naan dari India (4.8 bintang), Nan-e Barbari dari Iran (4.8 bintang), Pão De Queijo dari Brazil (4.7 bintang), Baguette dari Perancis (4.6 bintang), Naan dari India (4.6 bintang), Piadina Romagnola dari Itali (4.6 bintang), Marraqueta dari Chile (4.6 bintang) dan Pan De Yuca dari Kolumbia (4.6 bintang).

Menerusi hantaran @TasteAtlas yang lain, ramai pengguna X dari negara luar agak terkejut dan mempertikaikan keputusan roti canai sebagai juara ‘roti terbaik di dunia’.

Sementara itu, pada portal TasteAtlas turut menyenaraikan beberapa variasi roti canai lain yang sering dimakan oleh orang Malaysia seperti roti prata, roti telur, roti pisang, roti tisu, roti sardin, roti bom, roti bawang dan roti durian.