Setiap orang pasti memilih roti ban krim sebagai makanan untuk mengalas perut. Walau bersaiz kecil, ia boleh mengenyang buat seketika. Gardenia merupakan salah satu jenama terkenal dalam menghasilkan roti seperti itu

Baru-baru ini Gardenia mengeluarkan roti krim berperisa baharu, iaitu buah Durian.

Baca Juga:

Roti itu menjadi bualan netizen di media sosial. Ramai teruja melihat roti krim berperisa baharu tersebut.

'Susah Jumpa, Cepat Habis' – Roti Krim Durian Gardenia Jadi Buruan
Sumber Gambar: Facebook

Menurut netizen, pada ketika ini roti krim yang berharga RM1.20 itu amat sukar dicari dan cepat habis di pasaran.

“Ternampak FB Story Gardenia Bakeries KL Sdn Bhd , terus pergi kedai beli. Bila buka itu semerbak bau durian. Roti dia warna hijau dan krim dia warna kuning. Kalau nak rate 8/10 lah boleh bagi.

“Rasanya tidak manis, rasa macam ais krim Durian.

“Ingat lagi keropok Durian 20 sen, itulah rasanya,” kata netizen yang sudah merasai sendiri roti krim tersebut.

Bukan satu, tapi dua perisa baharu daripada Gardenia
'Susah Jumpa, Cepat Habis' – Roti Krim Durian Gardenia Jadi Buruan
Sumber Gambar: Facebook

Selain perisa Durian, terdapat satu lagi perisa baharu, iaitu buah Strawberi.

Dalam masa sama, netizen turut memuji bungkusan roti krim itu yang telah diberikan nafas baharu. Sekaligus dapat menarik perhatian para pelanggan untuk membelinya.

'Susah Jumpa, Cepat Habis' – Roti Krim Durian Gardenia Jadi Buruan

Sumber Gambar: FacebookSetakat hari ini, Gardenia telah mengeluarkan kira-kira 11 jenis perisa roti krim ban untuk pilihan para pelanggan.

Perisa-perisa itu adalah Vanila, Jagung, Coklat, Mentega Gula, Kacang Merah, Black Forest, Karamel, Coklat Hazelnat dan Pandan Gula Melaka.