Menjadi kebiasaan buat kita membeli cendera hati seperti keychain atau baju apabila melawati sesuatu destinasi. Namun, berbeza buat orang yang berada di Borneo kerana mereka lebih meminati roti Gardenia yang ada di Semenanjung.

Perkara ini terbukti susulan seorang lelaki bersama rakannya dari Sabah membuat kerja gila apabila datang ke Kuala Lumpur hanya untuk mendapatkan roti Gardenia. Dia berkongsi pengembaraan unik ini menerusi akaun Tiktoknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bermula dengan membeli tiket penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Lebih kurang pukul 12 tengah malam, mereka pun berlepas dari sana.

Sebaik tiba di Kuala Lumpur, mereka telah menempah hotel di Bukit Bintang untuk tidur seketika sebelum meneruskan aktiviti yang dirancang.

Mereka telah mengunjungi ke pelbagai lokasi seperti TRX, SOGO dan akhir sekali ke Mitsui Outlet pada siang hari berikutnya.

Sebelum pulang ke KK semula, dia terus pergi ke KK Mart di dalam lapangan terbang untuk mendapatkan roti jagung Gardenia yang didakwa sangat rare di kampung halamannya.

Tidak mahu melepaskan peluang, lelaki tersebut dengan hati girang memperlihatkan bagaimana dia memuatkan kesemua roti yang dibeli ke dalam bagasi yang dibeli khas untuk tujuan itu.

@padilverse

4702KM untuk dapatkan roti gardenia😂 #sabahan

♬ original sound – padilverse – padilverse

Malah, dia mendedahkan sebab berbuat sedemikian kerana roti itu bukan sahaja tidak dijual di sana malahan kalau ada yang menjual pun tersangatlah mahal.

Hantaran video itu telah ditonton lebih jutaan pengguna dan ramai yang meluahkan rasa teruja melihat kesungguhan pemuda itu dalam mendapatkan roti kegemaran dalam masa sehari sahaja.

Sumber Gambar: TikTok Padilverse
Sumber Gambar: TikTok Padilverse

Walaupun ada yang menanyakan soalan jika kalau tarikh luput roti sangatlah singkat, lantas seorang netizen menjawab roti itu bakal habis sekelip mata kerana akan disambar oleh rakan atau keluarga terdekat di sana.