Penerbangan dari Singapura ke Sydney biasanya akan mengambil masa lebih kurang 7 jam sahaja. Tetapi khas untuk perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu beliau mengambil masa lebih 11 jam untuk sampai ke Sydney dari Singapura.
Perkhidmatan penerbangan Israel, El Al yang dinaiki delegasi Netanyahu menyediakan laluan detour yang lebih jauh tetapi lebih ‘selamat’.Delegasi Israel selagi boleh akan mengelak untuk melalui ruang udara Indonesia.
Mengapa beliau mengambil laluan yang lebih jauh untuk ke Sydney? Israel seperti mana yang kita tahu tidak mempunyai hubungan yang baik dengan negara-negara Islam di Asia Tenggara terutamanya Indonesia. Indonesia juga tidak membenarkan El Al untuk terbang di ruang udara mereka dan jika El Al terbang juga melalui ruang udara Indonesia, kemungkinan besar pertelingkahan boleh berlaku.
Laluan Indonesia bukan laluan pertama yang dielak oleh Netanyahu jika mahu terbang ke sesuatu destinasi. Laluan yang pelik juga akan dipilih jika melalui negara-negara Islam seperti Arab Saudi dan sebagainya.
Begitulah nasib negara Israel. Mereka sentiasa berasa terancam ke mana sahaja mereka pergi. Rasanya Indonesia tidak teragak-agak untuk membedil mana-mana kapal terbang yang menceroboh ruang udara mereka jika merasakannya ancaman untuk negara. Takut juga rupanya Israel dengan negara dari Asia Tenggara.