Berita baik buat pengguna dan penumpang Malaysia Airlines Enrich Platinum kerana bermula 20 Februari ini anda berpeluang untuk merasai pengalaman berada di golden lounges pertama daripada syarikat penerbangan Malaysia Airlines.

Bertempat di terminal satelit berdekatan ruangan menunggu penerbangan ke luar negara, golden lounges yang dibuka ini bakal ditawarkan melalui dua pintu utama.

Sumber: AUSBT
Sumber: AUSBT
MAS Lounge
Sumber: AUSBT

Melalui ruangan menunggu golden lounges terbaru ini, para penumpang bakal berpeluang di cafe berkonsepkan open kitchen yang menyajikan pelbagai juadah serta makanan tempatan. Tidak dilupakan juga makanan yang ditawarkan semuanya enak-enak belaka.

Buat anda yang sedang keletihan dan mahu melelapkan mata buat seketika anda boleh berehat di slumber room yang disediakanRuangan business space turut disediakan bagi memudahkan para penumpang menyiapkan tugas dengan lebih selesa.

Sekiranya anda merupakan ahli Malaysia Airlines’ Enrich Platinum atau Qantas Frequent Flyer Platinum, BA Executive Club Gold dan Cathay Pacific Marco Polo Club Diamond ini ruangan terbaru yang perlu anda cuba apabila terbang ke luar negara kelak.