Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan beliau memperuntukkan sekurang-kurangnya RM40,000 sebulan untuk menampung perbelanjaan berterusan kediaman mewahnya di Petaling Jaya.

Menurutnya, kos tersebut merangkumi bil elektrik, penyelenggaraan kolam renang, serta gaji untuk 12 orang pekerjanya, termasuk pembantu rumah, pembantu peribadi, dan anggota keselamatan, petik New Straits Times.

Baca Juga:

“Dulu saya fikir memiliki sebuah banglo besar adalah sesuatu yang boleh dibanggakan, tetapi kini, selepas memilikinya, saya sedar betapa besar komitmen kewangan bulanan yang perlu ditanggung.

“Bukan niat saya untuk menunjuk-nunjuk dan saya juga tidak mengeluh, cuma menjawab pertanyaan pihak media,” jelas beliau.

Penyelenggaraan empat lot banglo yang membentuk kawasan kediaman keluarganya juga termasuk dalam perbelanjaan tersebut.

'Ingatkan Ada Mansion Boleh Dibanggakan, Rupanya Jadi Beban Nak Maintain RM40,000 Sebulan' – Aliff Syukri
Sumber Gambar: Facebook Aliff Syukri Terlajak Laris

“Rumah saya seluas 28,000 kaki persegi dan mempunyai 28 bilik, tetapi hampir 70 peratus daripadanya tidak digunakan. Ini bukan pilihan, tetapi untuk mengurangkan perbelanjaan.

“Ketika mula-mula merancang rumah ini, saya tidak menjangka pelbagai masalah yang akan timbul, seperti tandas bocor, jubin pecah, dan kos yang berkaitan. Hanya untuk kerja mengecat sahaja sudah menelan belanja RM300,000.

Bukan saja-saja aktif meniaga, tapi Aliff Syukri ada komitmen bulan sangat besar
'Ingatkan Ada Mansion Boleh Dibanggakan, Rupanya Jadi Beban Nak Maintain RM40,000 Sebulan' – Aliff Syukri
Sumber Gambar: Facebook Aliff Syukri Terlajak Laris

“Sebab itulah saya bekerja keras untuk menjana pendapatan. Komitmen bulanan saya sangat besar, jadi saya perlu kekal aktif dalam perniagaan.

“Kalau diberi pilihan, saya lebih suka rumah yang lebih kecil. Namun, inilah rumah yang saya bina, dan saya sudah pun redha dengannya,” kata usahawan itu.

Aliff Syukri menganggarkan bahawa beliau telah membelanjakan kira-kira RM3 juta untuk kerja-kerja pengubahsuaian sepanjang hampir lapan tahun sejak berpindah ke rumah tersebut.

'Ingatkan Ada Mansion Boleh Dibanggakan, Rupanya Jadi Beban Nak Maintain RM40,000 Sebulan' – Aliff Syukri
Sumber Gambar: Facebook Aliff Syukri Terlajak Laris

“Setakat ini, saya telah membelanjakan lebih RM3 juta untuk kerja-kerja pembaikan, termasuk lampu, paip air, kerosakan akibat air, tandas dan jubin.

“Selain itu, saya memperuntukkan antara RM300,000 hingga RM500,000 setiap bulan untuk penyelenggaraan dan pembaikan berterusan.

“Oleh itu, saya nasihatkan anak-anak muda yang bercadang untuk membeli rumah supaya tidak hanya melihat kepada harga belian, tetapi juga mempertimbangkan kos penyelenggaraan jangka panjang dengan teliti,” pesan Aliff Syukri kepada orang ramai.