Rumah pelakon terkenal, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta dilaporkan telah diserbu pihak Majlis Amanah Raya (Mara) pada pagi tadi.

Memetik Kosmo, serbuan telah dilakukan oleh pihak Mara sendiri setelah pelakon terbabit gagal membayar hutang pinjaman berjumlah hampir RM1 juta dari agensi berkenaan.

Difahamkan ketika serbuan dibuat pagi ini, hanya kelibat ibu pelakon tersebut sahaja yang ada mendiami rumah mewah di Kota Damansara.

Sementara salah seorang anak pelakon itu tiba selepas satu jam pihak Mara memasuki rumah tersebut.

Perkembangan lanjut masih sedang disiasat dan akan menyusul lagi.