Rumah pelakon terkemuka Hollywood, Keanu Reeves di Los Angeles telah dipecah masuk pada Rabu lalu berdasarkan laporan daripada pihak berkuasa tempatan.

Balai Polis Los Angeles telah menerima panggilan daripada jiran mengatakan terdapat 4 individidu yang memecah masuk kediaman Keanu dan kejadian tersebut turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Baca Juga:

Pegawai berkuasa telah ke tempat kejadian dan tidak berjaya menemui suspek. Berdasarkan rakaman CCTV, 4 individu berkenaan memakai topeng ski dan mereka ‘bernasib baik’ Keanu Reeves tidak berada di rumah semasa kejadian.

Peminat setia Keanu Reeves mula berseloroh mengaitkan insiden berkenaan dengan siri filem popular yang dibintangi Keanu Reeves, John Wick.

Menurut laporan, senjata api antara yang sempat diambil manakala barangan lain yang hilang masih belum dikenal pasti.

Ini bukanlah pertama kali rumah Keanu Reeves diceroboh masuk. Awal tahun ini, Keanu Reeves terpaksa mendapatkan permohonan perintah mahkamah terhadap seorang lelaki yang dikatakan telah menceroboh rumahnya sebanyak 6 kali bermula November 2022 hingga Januari 2023.

Sumber