Wakil Rakyat Indonesia, Ahmad Sahroni mahu mengambil tindakan undang-undang selepas rumahnya musnah dan barangan mewah dirampas.

Rumah dan barangan mewah Sahroni menjadi sasaran kemarahan warga Indonesia selepas beliau mengeluarkan kenyataan mengenai demonstrasi di negara itu.

Baca Juga:

Kebencian Rakyat Indonesia Ke Atas Ahmad Sahroni

Sahroni menganggap sesiapa saja yang mengikuti tunjuk perasaan sebagai orang ‘tolol’ dan keliru.

Dalam satu kenyataan menerusi media sosial, Sahroni menegaskan bahawa rompakan adalah satu pelanggaran undang-undang yang serius dan tidak boleh dibiarkan.

Ahmad Sahroni

“Saya tidak menerima rompakan ke atas saya dan keluarga dan akan membawa kes ini ke mahkamah,” tegasnya.

“Kalau awak kecewa dengan saya, hadaplah saya. Jangan sampai harta benda rumah dan keluarga saya jadi mangsa.”

Ahmad Sahroni

Dalam kejadian tersebut, dua rumah Ahmad Sahroni musnah manakala beberapa barang dirosakkan atau dirampas.

Dua buah kereta jenama Lexus dan Tesla dirosakkan selain barangan mewah seperti jam Richard Mille, kasut dan beg berjenama diambil.