Siapa sangka, dalam diam-diam, teknologi rumah pintar semakin dekat dengan kehidupan harian kita.
Berbeza dengan persepsi bahawa rumah pintar perlu menjadi futuristik dan far-fetched, teknologi kini lebih pragmatik, mudah dipasang dan digunakan.
Anda tidak perlu membeli rumah bernilai jutaan ringgit untuk hidup lebih selesa, tetapi cukuplah dengan melengkapi rumah yang anda duduki kini dengan teknologi-teknologi ini.
Oh ya, anda perlukan Wi-Fi untuk semua teknologi ini. (Dan pengetahuan tentang IFTTT juga membantu).
1. Nest Labs
Makmal yang dipelopori oleh Alphabet, syarikat induk Google, telah memperkenalkan 3 alat utama iaitu termostat, pengesan asap dan kamera keselamatan yang mampu ‘bercakap’ sesama sendiri, mengesan keadaan sekeliling, belajar dan bertindak mengikut pengalaman.
Masih kurang faham dengan apa yang saya katakan?
Tonton video tentang termostat Nest:
Kesimpulannya, termostat Nest mampu mengesan suhu sekeliling dan mengawal penyaman udara mengikut suhu kesukaan anda.
Teknologi terbuka ini juga membenarkan gajet dari syarikat-syarikat lain berkomunikasi dengan alatan Nest.
Google Home, Yale Lock dan lampu Philips hue adalah antara peralatan yang disahkan ‘Works with Nest’. Perhatikan senarai penuh di sini: workswith.nest.com
2. Google Home atau Amazon Echo
Ok, bayangkan anda tengah memasak, atau main game, dan kedua-dua tangan anda penuh. Hari pula semakin gelap, membuat anda semakin tidak selesa.
Dan anda hanya perlu katakan, “Alexa, tolong buka lampu,” dan lampu pun menyala.
Atau anak sedang tantrum. Anda sedang menenangkan dia, tetapi baru dapat tahu si kecil kepanasan, “Alexa, tolong pasang penghawa dingin.”
‘Assistant’ atau pembantu ini membuat benda-benda kecil dibuat ‘tanpa tangan’.
Atau anda sedang sibuk bekerja, anda boleh bertanya, “Google, ada berapa gram dalam satu pound?”
Atau, anda boleh minta, “Alexa, tolong pasang lagu Siti Norhaliza.”
Apabila bercakap tentang ‘home automation’, saluran Danny Winget di Youtube sering menjadi panduan saya:
3. Plug pintar
Terdapat banyak plug pintar di pasaran, dan Plug Pintar TP-Link HS100 ini adalah salah satu daripadanya.
https://www.youtube.com/watch?v=FrIn8uWui5s
Daripada komen pengguna Lazada, plug ini serasi dengan Amazon Echo Dot beliau.
Boleh dapatkannya di sini.
Masa depan cerah
Saya bercita-cita untuk ‘bermain’ dengan teknologi di atas satu hari nanti.
Pada masa kini, saya telah menggunakan robot vakum Xiaomi, dan robot ini, adalah salah satu pembelian terbaik saya tahun ini.
Reviu menyusul.