Beberapa kelab di Eropah sudah mula mengorak langkah dalam jendela perpindahan yang akan dibuka secara rasmi tidak lama lagi.

Ada 5 rumors perpindahan yang sedang hangat diperkatakan ketika ini. Ayuh kita semak.

1. Jeremie Frimpong – Liverpool

Pemain Bayer Leverkusen ini dilaporkan sedang menyiapkan proses medikal di Anfield untuk perpindahan €35 juta.

Frimpong

Frimpong dan Liverpool telah sepakat mengaktifkan klausa pelepasan tersebut untuk dibayar kepada Leverkusen.

Frimpong dianggap pengganti kepada Trent Alexander Arnold yang akan meninggalkan kelab itu akhir musim ini.

2. Milos Kerkez – Liverpool

Bukan satu, tapi dua pemain dalam radar Liverpool kali ini. Milos Kerkze menjadi seorang lagi pemain di posisi bek kanan yang menarik minat Liverpool.

Menurut Fabrizio Romano, kedua dua kelab sedang berunding untuk penjualan pemain itu. Kerkez berminat untuk ke Anfield.

Liverpool sudah sedia untuk berunding dengan pemain itu tentang syarat dan terma peribadi.

Harga perpindahan Kerkez dilaporkan mungkin akan mencecah £40 juta termasuk bonus.

3. Matheus Cunha – Man United

Pemain ini sudah memulakan rundingan dengan Man United sejak beberapa bulan lalu.

Pemain penyerang Brazil ini pernah menyatakan hasratnya untuk menyertai kelab lebih besar selepas musim cemerlang di Wolves.

Rundingan perpindahan Cunha ke United dilaporkan sudah hampir dimeterai.

Man United dikatakan bakal menerima potongan harga lebih rendah untuk pemain yang permah diletakkan tanda harga £65 juta itu.

4. Emi Martinez – Barcelona, Man United

Emi Martinez tiba tiba dikaitkan dengan Barcelona dan juga Manchester United.

Pada perlawanan terakhir di Villa Park, Emi Martinez kelihatan menahan emosinya, membuatkan ramai menjangkakan itu adalah aksi terakhirnya di Villa Park.

Pemain yang pernah menyatakan bahawa dia adalah pemain yang boleh bermain di mana mana pasukan besar di dunia.

5. Ferran Torres – Aston Villa

Aston Villa dikaitkan dengan perpindahan Ferran Torres dari Barcelona.

Unai Emery dilaporkan benar benar berminat mahu mendapatkan bekas penyerang Manchester City itu.

Ferran Torres dibenarkan mencari kelab baharu, selepas gagal memikat Hansi Flick untuk menjadi pemain utama dalam skuad Barcelona.

Barcelona meminta harga £42 juta untuk pemain tersebut.