‘Runner’ Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) didapati meraih keuntungan luar biasa dengan menjual slot tempahan pemeriksaan kenderaan kepada pihak ketiga.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mahmood Razak Bahman mendedahkan hasil siasatan awal ada ‘runner’ yang menjual satu slot tempahan sehingga RM750, walaupun caj asal PUSPAKOM hanya RM3.50, lapor Buletin TV3.

Baca Juga:

“Siasatan masih dijalankan dengan bantuan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kami sedang mengenal pasti individu yang terlibat dan akan memanggil mereka untuk tindakan lanjut,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan bersama Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, di PUSPAKOM Shah Alam hari ini.

Sementara itu, Aedy Fadly memaklumkan pihaknya sedang mendapatkan bantuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat kegiatan itu.

“Kami cuba mengesan ‘runner’ yang terlibat, tetapi setakat ini semua saluran komunikasi gagal dihubungi. Oleh itu, kami akan menggunakan kaedah lain untuk mengesan mereka,” jelasnya lagi.

Sumber