Dulu saya pun pelik. Ingat ada masalah kewangan sebab itu ada yang nak jual. Tapi sebenarnya tidak semua nak jual rumah sebab ada masalah kewangan. Ada banyak je faktor lain.

Salah satunya sebab SUNYI. Ya, sunyi. Dulu, tiap kali berkunjung ke rumah orang kaya yang mahu jual rumah, dalam hati saya berkata-kata, apa lagi orang ni nak. Rumah dah sebesar alam, ruang tamu sahaja dah sebesar padang bola. Memang puas kalau anak-anak nak berguling.

Selesa sungguh! Lagi pula siap kolam renang jacuzzi, tak perlu pergi bercuti di rumah dah ada semuanya. Kalau kata birthday anak atau ada majlis, boleh jemput jiran satu taman orang kata. Punya luas rumahnya. Bertingkat-tingkat.

Laman belakang rumah atau depan rumah, kalau kata malam malam bosan, mahu buat aktiviti BBQ, nak panggil kawan bermain muzik semua complete!

View kolam dari atas

Bab dapur tak payah cerita lah; dapur basah dan dapur kering wajib ada. Keluasan? Gambarannya kalah tempat masak chef di hotel. Bilik tidur dan bilik air pula berbilik-bilik. Tidak berebut bilik air kalau dalam kecemasan nak guna. Seronok kan?

Tapi, itu kata kita yang belum ‘duduk’ di tempat mereka. Rupa-rupanya bila dah meniti usia tua, ‘Kemasyuran dan kekayaan’ semuanya bukan jadi keutamaan.

Keluhan mereka biasanya mesti macam ini; Kalaulah masa boleh diputar kembali, tak nak kami rumah besar besar begini Anne, penat! Saya yang dengar ni, aik! Kenapa pulak. Tak bersyukur ke depa ni?

Salah satu lokasi untuk cari ketenangan di rumah ini

“Sebenarnya, masa muda, kami dulu buat ‘silap;, punyalah nak bagi anak-anak selesa, beli rumah besar besar. Bilik kalau boleh satu anak satu bilik. Usia muda kami tak enjoy sangat, kami bekerja keras untuk kumpul kekayaan. Sampai beli rumah besar=besar semua untuk anak-anak tinggal sekali.

“Tapi kami lupa, bila dah besar, anak anak dah ada kehidupan masing-masing. Tak mahunya lagi mereka nak hidup dengan ibu ayah. Rumah yang dibeli kebanyakan tiada penghuni. Rumah bertingkat tingkat, satu bilik je yang kami guna. Dah tua-tua, penat nak turun naik tangga. Sudahnya bilik bibik aje lah yang paling selesa. Dekat dengan dapur, nak makan minum pun senang,” kata tuan punya rumah.

“Kereta pun kami dah banyak jual. Tinggal yang asas sahaja untuk keperluan harian. Bersusun susun kereta siapa lagi nak drive? Nak ke mana sangat di usia tua? Tak larat dah nak memandu sendiri. Jadi bertambah ‘lapang’ lah depan rumah.

“Sekarang kami nak simple sahaja hidup, sederhana. Ada masa boleh jalan, boleh menikmati hidup seadanya tanpa perlu memikirkan banyak perkara. Nak balik tinggal di rumah kami yang lagi ‘kecil’. Yang sesuai dengan kehidupan berdua. Lama dah rumah tu ‘kosong’. Nak menikmati hidup di kampung pula,” tambahnya lagi.

Ada studio khas di rumah ini
Mandi kolam ‘air Coway’ ke nI?

Ish! Panjangkan keluhan mereka? Saya yang tadi elok-elok nak jadi sekaya mereka pun dah berubah fikiran. Patutlah orang selalu pesan kita kena bersederhana dalam setiap perkara kan?

Nak nyesal di masa tua? Patutlah saya nak rumah corner lot , siap ada kolam renang suamiku bantah. Disuruhnya saya booking hotel kalau nak kolam.

Saya nak beli kereta baru pun dia bantah! Guna apa yang ada. Cukup yang boleh ke sana sini saja. Rupanya dia dah ‘tua’ dulu. Baru saya faham. Selama nya ni aku cakap dia kedekut saja. Aduhai, ampun suamiku!

Andai anda nak merasa berada di tempat mereka, anda bolehlah beli rumah ini. Ada 11 bilik semuanya. Mahu parking 10 kereta depan rumah pun muat.

Mungkin rumah ini sudah tidak sesuai lagi untuk pemilik asal tetapi mungkin sesuai untuk anda. Jika berminat, jangan malu-malu untuk contact Anne. Nanti Anne boleh uruskan. Terima kasih!

*Penulisan ini ditulis Anne Soon. beliau merupakan agen hartanah untuk Nita Sahari Properties Sdn Bhd. Jika anda berminat untuk mencari rumah atau mendapat tip berkenaan pembelian rumah, boleh ikuti Anne Soon di sini.