Kentucky Fried Chicken (KFC) amat sinonim dengan slogan “Finger lickin’ good” sebelum ditukar kepada “So good”.

Walaupun begitu, kedua-dua slogan berjaya menunjukkan betapa lazat dan enak berperisanya hidangan ayam goreng di restoran makanan segera itu. Dan kebiasaannya, kita pasti akan membuang sisa tulang ayam yang telah dimakan kerana merasakan ia tidak mempunyai sebarang kegunaan.

Nampaknya, selama ini kita tersilap!

Pereka barangan perhiasan Meghan Carroll dengan kreatifnya telah menjadikan tulang ayam KFC sebagai rantai perhiasan bersadur emas. Ternyata kreativiti Meghan Carroll atau Meg C ini berjaya menarik perhatian penggemar ayam KFC tegar. Kesemua rantai tersebut telah laku dijual di dalam website Kentucky for Kentucky. Jom kita ketahui kaedah yang digunakan Meg C dalam pembikinan rantai tulang ayam KFC ini.

1. Ia bermula dengan satu bucket berisi 8 ketul ayam.

Ia bermula dengan satu bucket berisi 8 ketul ayam

2. Sisa tulang ayam sebenar digunakan untuk mereka rantai perhiasan ini.

Sisa tulang ayam sebenar digunakan untuk mereka rantai perhiasan ini

3. Tulang ayam telah dibersihkan dengan sabun dan air, sebelum disalut dengan varnis dan cat untuk proses saduran.

Tulang Ayam Telah Dibersihkan Dengan Sabun Dan Air

4. Proses tersebut mengambil masa selama sebulan untuk satu bucket ayam itu.

5. Dah siap! Cantik, kan?

Dan di bawah ini pula adalah video yang telah digunakan untuk tujuan pengiklanan.

Sumber: Kentucky For Kentucky

Memang benar kata orang, kreativiti itu tiada batasan!