Ayam goreng KFC merupakan salah satu makanan segera yang menjadi pilihan orang ramai tidak kira golongan umur. Bagaimanapun sejak kebelakangan ini saiz ayam yang kecil telah mendatangkan kegusaran orang ramai.

Terbaharu, YB Lim Lip Eng terkejut apabila mendapati saiz ayam goreng yang dibeli di KFC cumalah sebesar peket sos cili sahaja.

Baca Juga:

“Saya ada terlepas apa-apa ke?” ujar beliau yang sudah lama tidak makan KFC dan tertanya-tanya sama ada saiz ayam goreng itu merupakan saiz standard pada masa sekarang.

Ciapan beliau menerima maklum balas daripada netizen yang sudah cukup kecewa dan ‘patah hati’ untuk membeli ayam goreng dari restoran makanan segera itu.

Nyata orang ramai, saiz ayam goreng pada ketika tidak ubah seperti saiz ‘burung puyuh goreng’. Lebih-lebih jika pelanggan mendapat bahagian drumstick.

Netizen turut meluahkan kekecewaan kerana kenaikan harga set KFC dengan saiz ayam goreng diterima adalah satu perkara yang amatlah tidak boleh dikompromikan.

https://twitter.com/MimiMarvel11/status/1614667462691422209?s=20&t=NUQeo9Dvys5MTYcw989WEw

Orang ramai turut menyarankan YB untuk membeli ayam goreng dari beberapa tempat lain yang mereka berpendapat ianya jauh lebih berbaloi.

Dalam pada itu, melihat ciapan-ciapan lain di Twitter @KFCMalaysia, ramai yang mempersoal dan berkongsi gambar saiz ayam goreng yang mereka dapat, sangat kecil bersaiz lebih kurang tapak tangan orang dewasa

Ada juga yang menerima ayam goreng yang saiznya jauh lebih kecil daripada roti. Bahkan ada yang dapat ayam sebesar penutup bekas mashed potato dan coseslaw.

Jika anda menghadapi situasi seperti ini, jangan panik. Boleh cuba dahulu saranan bekas pekerja KFC yang berkongsi tindakan-tindakan pelanggan boleh lakukan jika mendapat ayam bersaiz kecil di KFC. Anda boleh baca lebih lanjut melalui pautan ini.