Setiap kali anda membeli KFC, pasti anda perasan wajah orang tua yang terpapar pada logo, kotak dan visual KFC dan pasti anda tertanya-tanya siapakah beliau? Beliau merupakan wajah Colonel Sanders yang merupakan pengasas KFC.

Baru-baru ini, KFC tampil dengan satu karakter yang dicipta menggunakan CGI untuk menjadi jurucakap KFC yang baharu. Karakter tersebut ‘Virtual Influencer Colonel’ memainkan peranan sebagai seorang jurucakap KFC dan memiliki kehidupan yang tersendiri dan gemar bergambar serta memiliki teman wanita yang turut dihasilkan oleh komputer.

Karakter tersebut memiliki tanda pagarnya sendiri iaitu #secretrecipesforsuccess dan diletakkan tatu kata-kata tersebut pada bahagian abs. Ini merupakan satu pendekatan baharu yang diambil oleh KFC untuk mempromosikan restoran tersebut. Apa pendapat anda dengan jurucakap KFC yang baharu ini?

Sumber