Arrigo Sacchi pertahan Carlo Ancelotti yang dikritik peminat dan pundit. Dia juga sempat menyindir Kylian Mbappe sebagai pemain yang gagal menunjukkan kualiti diharapkan.
Sacchi pertahan Ancelotti sebagai pengurus yang sudah terbukti sangat berkualiti dari semua aspek. Dan tidak adil untuk bercakap tentang memecat Ancelotti hanya kerana dia gagal membantu Real Madrid menjuarai UCL sekali lagi.
Masa depan Ancelotti kini menjadi perhatian. Nama seperti Jurgen Klopp dan Xabi Alonso mulai dikaitkan dengan Real Madrid. Ejen Klopp segera menyatakan bahawa pengurus Jerman itu menarik diri daripada sebarang perbincangan dengan Real Madrid.

Alonso kini menjadi nama yang sekali lagi dikaitkan dengan Real Madrid. Laporan dari Sepanyol menyebut bahawa, Ancelotti mungkin boleh dipecat selepas final Copa Del Rey.
Sacchi pertahan Ancelotti, kerana menurutnya, masalah prestasi Real Madrid hari ini adalah kerana Florentino Perez yang dikatakan sangat obses dengan pemain serangan berbanding pertahanan.
Pengurus legenda Milan pertahan Ancelotti
Kemudian Sacchi pertahan Carlo Ancelotti dan mengecam pihak yang mengkritik Ancelotti. Sacchi berkata:
“Apa yang menyedihkan saya, walaupun ini sebahagian daripada bola sepak, adalah semua orang mengkritik Carletto atas penyingkiran mereka dari Liga Juara-Juara dan menyalahkannya.
“Adakah mereka ini tahu siapa Ancelotti sebenarnya? Adakah mereka sedar apa yang telah dia telah capai?” kata Sacchi pertahan Ancelotti dalam kenyataan terbarunya.
Dia menambah: “Bukan sahaja kerana trofi yang dimenanginya, tetapi juga kerana kualiti kemanusiaannya. Real Madrid sepatutnya berfikir dua atau tiga kali sebelum berpisah dengan seseorang seperti Carletto.

“Lihat sahaja skuad mereka musim ini – mereka berdepan banyak kecederaan dan terpaksa bermain dalam banyak perlawanan tanpa pertahanan semulajadi.
“Mereka membeli seorang penyerang (Mbappe) yang sepatutnya menjadi fenomena, tetapi tidak beraksi seperti yang diharapkan. Saya cukup mengenali persekitaran Real Madrid, dan saya juga mengenali Florentino Perez kerana saya pernah berkhidmat sebagai pengarah teknikal di kelab itu.
“Dia presiden yang hebat, namun dia terlalu tumpukan bahagian serangan. Untuk meyakinkan Perez menandatangani Sergio Ramos, saya harus ‘bergaduh’ dengannya selama 3 bulan.
“Kerana Perez malah tak kisah untuk melihat pemain pertahanan [untuk dibeli].”
Walaupun Sacchi mempersoalkan kualiti Mbappe ketika dia pertahan Ancelotti.

Namun pemain itu telah membuktikan dia antara pemain terbaik Real Madrid musim ini walaupun pada awal musim agak bergelut.
Mbappe gagal mencetak gol ke atas Arsenal. Mungkin itu sebabnya Sacchi merasakan Mbappe sebagai punca kepada masalah Real Madrid.
O Arrigo Sacchi não gostou nada de uma galera que está pedindo a demissão de Carlo Ancelotti no Real Madrid e ainda deu tempo de dar uma alfinetada no Mbappé… 👀 Concorda com o ex-treinador multicampeão pelo Milan? 🤔
Crédito: Gazzetta dello Sport pic.twitter.com/8YF2HYhzFs
— TNT Sports BR (@TNTSportsBR) April 19, 2025