Sejak semalam, kecoh di media sosial mengenai isu gambar jemaah wanita dilihat tidak merapatkan saf ketika solat berjemaah di sebuah masjid.

Umat Islam sedia maklum bahawa setiap individu yang bersolat jemaah tak kiralah di masjid, surau atau di rumah sekalipun wajiblah merapatkan saf antara satu sama lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: X @TweetIslamik

Susulan gambar berkenaan, netizen melontar teguran mereka terhadap situasi yang berlaku dan ada yang beranggap tindakan muslimah yang tidak merapatkan ini sebagai pentingkan diri sendiri.

Malah ada juga yang mengatakan inilah sebabnya para wanita lebih digalakkan untuk bersolat di rumah dari solat berjemaah di masjid.

Sumber Gambar: X @TweetIslamik

Namun begitu, sebahagian netizen pula berpendapat antara sebab ia berlaku adalah jemaah memilih tempat yang selesa seperti mudah untuk menyandar, bawah kipas, dekat dengan pintu keluar dan sebagainya.

Di sampang itu, mereka dikatakan malas mahu bangun dan berpindah dek terlalu banyak barang yang perlu dialihkan. Bukan itu sahaja, wanita juga memilih untuk duduk bersama kenalan rapat sahaja kerana lebih selesa berbanding dengan orang lain.

Sementara itu, menurut laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, sebaik-baik saf bagi wanita adalah di bahagian paling belakang sekiranya tiada pemisah antara jemaah lelaki dan wanita.

“Namun jika terdapat pemisah antara jemaah lelaki dan wanita, maka keutamaan saf wanita adalah di bahagian paling hadapan.

“Begitu juga jika wanita solat berjemaah dengan kumpulan wanita sahaja, maka saf hadapan adalah lebih utama,” katanya.

Kenyataan itu dibuat bagi menjawab pertanyaan berhubung keadaan yang mana ada para wanita berpusu-pusu memenuhkan saf di bahagian belakang sehingga menyebabkan saf hadapan kosong dan menyukarkan jemaah yang baru hadir untuk pergi ke bahagian saf hadapan.