Buat anda yang berkira-kira adakah pagi ini dan esok cuti umum, Ketua Setiausaha Negara, Dr Ali Hamsa telah berkongsi Tweet ini menyatakan 10 & 11 Mei serta 13 Mei (bagi negeri-negeri yang bercuti pada hari Jumaat) sebagai cuti umum.
Pengumuman cuti umum pada 10 & 11 Mei serta 13 Mei (bagi negeri-negeri yang menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari kelepasan mingguan). pic.twitter.com/jsy2sqgFt2
— Ali Hamsa #YNWA (@DrAliHamsa) May 9, 2018
Kerajaan telah menetapkan Khamis dan Jumaat (10 dan 11 Mei ialah hari kelepasan am tambahan seluruh negara sempena #PRU14: Ketua Setiausaha Negara
— Harian Metro (@hmetromy) May 9, 2018
Berita ini semestinya satu khabar gembira buat semua. Gunalah cuti ini sebaik-baiknya. Ini adalah sebagai membalas jasa rakyat Malaysia yang sudah melaksanakan tanggungjawab kepada negara. Sebarkan khabar gembira ini.