Tidak lama lagi, tahun 2023 akan melabuhkan tirainya dan kita akan masuk ke tahun 2024. Untuk pengetahuan anda, 1 Januari 2024 jatuh pada hari Isnin dan rupa-rupanya tarikh itu bukanlah cuti umum kebangsaan.

Kebanyakan negeri di Malaysia akan menikmati cuti sehari tetapi pejabat dan jabatan kerajaan di lima negeri iaitu Johor, Kedah, Terengganu, Kelantan dan Perlis tetap akan beroperasi seperti biasa.

Baca Juga:

Bagi negeri selain 5 negeri seperti dinyatakan, anda akan menikmati cuti tiga hari bermula dari Sabtu, 30 Disember 2023 sehingga Isnin, 1 Januari 2024.

Walau bagaimanapun, jika anda bekerja dengan syarikat swasta di lima negeri ini, anda boleh mengesahkan dengan majikan jika syarikat anda akan bercuti pada Hari Tahun Baru atau sebaliknya.