Sebut sahaja cuti umum, mesti ramai orang tersenyum lebar kerana dapat berehat di rumah atau meluangkan masa bersama keluarga.

Tidak lama lagi akan masuknya 17 Ramadan dan ini menandakan hari Nuzul al-Quran akan disambut oleh umat Islam terutamanya di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sempena hari yang mulia ini, pelbagai majlis akan dianjurkan terutama sekali majlis khatam dan tadarus membaca al-Quran beramai-ramai serta ceramah agama turut dianjurkan.

Untuk pengetahuan anda, hari Nuzul al-Quran merupakan cuti umum dan seperti tahun baru, ada negeri yang tidak dapat cuti umum pada hari Nuzul al-Quran.

6 negeri di Malaysia yang tidak dapat cuti umum pada hari Nuzul al-Quran adalah Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Jika anda bekerja dengan syarikat swasta di enam negeri ini, adalah lebih baik jika anda mengesahkan dengan majikan sama ada syarikat anda akan bercuti pada hari Nuzul al-Quran atau tidak.

Bagi negeri selain dinyatakan akan dapat cuti umum. Akan tetapi, terdapat berapa negeri-negeri lain seperti Kelantan dan Terengganu akan menikmati cuti tiga hari bermula dari Khamis, 28 Mac 2024 sehingga Sabtu, 30 Mac 2024.