Satu fenomena yang luar biasa dicatatkan oleh para saintis baru-baru ini. Melalui penemuan baharu, difahamkan bahawa Bumi kini berputar lebih cepat daripada biasa pada 29 Jun lalu, ia menjadikan hari terpendek dalam rekod sejak 1960-an. Situasi ini telah membuatkan sebahagian daripada para saintis bingung dan meneka-neka apakah puncanya.
Melalui laporan Timeanddate, Bumi menyelesaikan satu putaran 1.59 milisaat lebih pantas atau kurang daripada 24 jam. Bagaimanapun, manusia tidak akan sedar masa berjalan semakin pantas.
Sehingga laporan ini ditulis, para saintis masih mencari jawapan apa sebenarnya yang menyebabkan Bumi berputar lebih pantas sejak beberapa tahun ini. Tambahannya lagi, Bumi telah memecahkan rekodnya sendiri lebih daripada 20 kali sejak 2020, berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini.
Putaran Bumi dipengaruhi oleh pelbagai faktor, daripada struktur dalamannya, pasang surut Bulan hingga perubahan iklim. Terdapat juga spekulasi bahawa kadar putaran yang lebih pantas disebabkan oleh pergerakan turun naik kutub geografi Bumi, yang dikenali sebagai “Chandler wobble”.
“Ia satu fenomena yang pelik,” Matt King, ilmuwan yang memerhati gerakan Bumi di Universiti Tasmania, mengakui dalam wawancara Perbadanan Penyiaran Australia. “Sesuatu telah berubah, dan perubahan yang tidak pernah kita lihat sejak fajar astronomi radio tepat pada tahun 1970-an.”
Para saintis mengatakan bahawa jika hari-hari pendek terus direkodkan, ini boleh mengakibatkan lompatan negatif pertama kedua dalam sejarah Bumi. Pada masa lalu, saat lompat diperlukan untuk memastikan masa kekal stabil di dunia.
Walaupun Bumi telah memecahkan beberapa siri rekod hari terpendek, ia akan diperlahankan oleh interaksi Bumi dengan Bulan dalam jangka masa panjang. Penyelidikan terdahulu telah meramalkan bahawa hari akan berjalan satu minit lebih lama dalam 6.7 juta tahun akan datang.
Saintis dakwa temui ‘jasad’ Hercules di galaksi Bima Sakti. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.
Letusan Gunung Berapi Tonga Bersamaan Dengan 1,000 Bom Nuklear Di Hiroshima, Kata Saintis