Nur Sajat sudah memberikan ‘hint’ kepada peminat setianya bahawa dia akan mengeluarkan lagu single terbaru dalam masa terdekat ini.
Nur Sajat bukan nama asing dalam industri hiburan Malaysia. Dia juga antara artis yang sarat dengan kontroversi sebelum ini. Kini menetap di Australia.
Nur Sajat sebelum ini pernah mengeluarkan single dengan Datuk Aliff Syukri dan Lucinta Luna pada 2018, lagu Bobo di mana. Di mana lagu itu mendapat pelbagai reaksi. Setakat artikel ini ditulis, lagu Bobo Di Mana sudah meraih lebih 8 juta tontonan.
Setelah lama menyepi dalam dunia nyanyian, Sajat akhirnya sedia melakukan kemunculan semula. Dan dia sudah memuat naik video pengumuman rasmi.
Dalam satu video yang dimuat naik Nur Sajat di laman rasmi Instagram miliknya, Sajat menulis: “OMG!!! Sudah sedia dengan singe terbaru Nursajat ok!!”
“Saya sangat teruja, penampilan baharu, koreografi tebaharu, stail terbaharu dan penerbitan baharu.”
Dalam tanda pagar yang disertakannya, dia memberikan isyarat bahawa single tersebut akan dikeluarkan pada 2024 dan kemungkinan lagu dalam bahasa Inggeris.
Teaser video tersebut menunjukkan video Sajat yang pernah viral dahulu ketika dia ‘cover’ tarian lagu Solo oleh Jennie Blackpink. Berikut adalah pengumuman rasmi Sajat tentang single terbaru yang bakal diterbitkan nanti.
Pengumuman itu menerima reaksi pelbagai pihak termasuk daripada rakan artis sendiri iaitu Datuk Alif Syukri yang memberikan sokongan tak berbelah bagi kepada bekas rakan duetnya itu.
“Go, go, go,” kata Aliff Syukri.
Ada juga yang melabel Sajat persis Jennie Blackpink dan sudah tak sabar untuk menantikan kehadiran single terbarunya.
Mereka turut memuji usaha dan kerja keras seorang artis bernama Sajat yang masih ada masa untuk berlatih menyanyi dan menari di dalam kesibukannya pada hari ini.