Kebersihan adalah antara perkara penting yang perlu dititikberatkan sebelum seseorang itu mahu berniaga barang makanan. Tanggungjawab mereka yang membuka gerai makanan bukan sahaja memastikan kedai itu menarik, tetapi juga berada pada tahap kebersihan yang baik bagi mengelak berlakunya sebarang masalah kesihatan di masa hadapan kelak.

Bagaimanapun, jika anda pernah berkunjung ke restoran yang tidak menjaga kebersihan, tekak anda pasti akan terasa loya. Seperti sebuah restoran di Tanjung Bungah, Pulau Pinang yang menyajikan makanan berperisa ‘najis tikus’ selepas pihak berkuasa dilaporkan menemui najis tikus bukan sahaja di ruang makan, malah hampir keseluruhan ruang premis tersebut, lapor Sinar Harian.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Ketika serbuan ke restoran mee goreng terkenal sejak 40 tahun lalu ini, pihak berkuasa mendapati pihak restoran gagal mematuhi tahap kesihatan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa apabila najis tikus turut boleh dikesan di bahagian ruang hadapan, ruang makan, tempat penyimpanan barang, almari penyimpanan perkakas dan dapur memasak.

Lebih ‘hardcore’ lagi, MalaysianGazzate melaporkan bahawa pihak berkuasa turut menemui najis tikus berhampiran dengan cucur yang baru siap disediakan pekerja restoran terbabit sebagai bahan dalam penyediaan mi goreng terbabit.

Difahamkan ini bukanlah kali pertama restoran ini merupakan kali ketiga restoran nasi kandar terkenal ini dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa kesihatan. Segala macam amaran, saman dan notis sudah diberikan oleh pihak berkuasa, namun tiada penambahbaikan yang dilakukan oleh pihak restoran untuk memastikan bahawa restoran mereka diselenggara mengikut tahap kebersihan yang telah ditetapkan.

Balut makanan guna kertas buku log, tindakan restoran ini dianggap ‘bodoh dan pengotor’. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Balut Makanan Guna Kertas Buku Log, Tindakan Restoran Ini Dianggap ‘Bodoh Dan Pengotor’

Restoran Kopitiam Di New York Mohon Maaf Bagi Gambaran Salah Mengenai Malaysia Dan Nasi Lemak

Pekerja Restoran Daun Pisang Terkenal Dakwa Kena Penderaan Seks, Dipukul Malah Ada Dibakar