Semalam, media melaporkan berlaku satu pergaduhan antara dua isteri jurulatih bola sepak terkenal di sebuah restoran di Shah Alam.
Berdasarkan laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan dijalankan mendapati kejadian melibatkan isteri pertama dan kedua jurulatih bola sepak tersebut. Berang disindir dalam satu program rancangan realiti televisyen dipercayai menjadi punca pergaduhan mereka.
Baca Juga:
- ‘Pandai Urus Duit Baru Boleh Guna’ – Ini Nasihat Penasihat Kewangan Sebelum Anda Mohon Kad Kredit
- Gaji Cukup-Cukup Makan? Ini 5 Idea Untuk Anda Cari Duit Tepi
- Penat ‘Mengemis’ Hutang? Ini Cara Mudah Mengutipnya Dengan Aplikasi MAE
“Siasatan mendapati isteri pertama berasa tersindir dengan kenyataan yang dikeluarkan isteri kedua dalam sebuah rancangan realiti televisyen.
“Isteri pertama jurulatih tersebut turut memarahi madunya dan mendakwa wanita itu telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuannya,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Beliau turut berkata telah berlaku insiden tarik menarik rambut antara dua individu terbabit. Pertengkaran di dalam restoran juga turut berlarutan hingga ke bahagian luar restoran.
“Setakat ini tiga individu termasuk suami kepada kedua-dua wanita itu telah dipanggil bagi dirakam percakapan berhubung kejadian,” katanya kepada Sinar harian.