Apabila meningkat dewasa, pasti kita teringin untuk bertemu semula dengan rakan-rakan yang membesar bersama semasa zaman persekolahan.

Baru-baru ini pengguna TikTok @_r_vind_ berkongsi rakaman klip video pendek di mana beliau dan rakan-rakan sekolah bertemu semula di kelas yang mereka pernah belajar bersama-sama.

Baca Juga:

Apa yang menarik perhatian netizen adalah pembaris kuning kayu panjang yang digunakan cikgu-cikgu untuk membuat garisan lurus pada papan hitam.

@_r_vind_

Back to school 2000-2005 Batch #sjkt Saraswathy Sungai Buloh #reunion#backtoschool#1993#tamilschool#gathering#alumini#fyp#fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – JD – JD

Ramai netizen berasa mencuit hati apabila teringat kembali semua kenangan bersama pembaris kuning 1 meter itu.

Siapa-siapa yang pernah ‘buat hal’ dan melakukan kesalahan, pasti akan dipukul dengan pembaris itu pada bahagian telapak tangan atau punggung.

Jika pukulan itu cukup kuat dan padu, pasti pembaris tersebut terbelah dua.

Sumber Gambar: TikTok @_r_vind_
Sumber Gambar: TikTok @_r_vind_

Tambah netizen lagi, ada yang sanggup menyorokkan pembaris tersebut supaya cikgu tidak dapat menggunakannya untuk mendenda pelajar.

Dalam pada itu, netizen berasa seronok dan memuji @_r_vind_ serta rakan-rakannya dapat berkumpul dan menyantuni guru-guru yang pernah mengajar di sekolah mereka.

Ini kerana apabila semua sudah dewasa, masing-masing mempunyai komitmen peribadi yang menyukarkan mereka dapat berkumpul bersama.

Sumber