Negara kita pada bulan ini digemparkan dengan misteri kematian seorang kanak-kanak iaitu Zayn Rayyan Abdul Mattin yang ditemui pada 6 Disember lalu. Kematian yang berlaku telah menimbulkan pelbagai spekulasi serta persoalan daripada pelbagai pihak.

Terbaharu, dilaporkan dua saksi mendakwa ada ternampak Zayn Rayyan Abdul Matiin kira-kira 5 jam selepas kanak-kanak itu itu disedari hilang oleh ibunya kira-kira jam 12.30 tengah hari pada 5 Disember.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan. Sumber: Selangor Journal

Dua saksi berkenaan dikatakan ada terlihat mangsa di tingkat dua dan tiga Blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai dalam keadaan berseorangan.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, dua saksi berkenaan memaklumkan ada terlihat Zayn Rayyan antara jam 5 hingga 5.30 petang pada hari terbabit.

Menurutnya, kedua-dua saksi yang memberi petunjuk baharu itu dapat dikesan melalui pemeriksaan pintu ke pintu membabitkan penduduk Apartment Idaman di sini sejak 8 Disember lalu.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan jantina dan umur kedua-dua saksi kanak-kanak itu. Dalam pada itu, katanya polis juga mengambil 10 lagi sampel DNA menjadikan jumlah terkini sebanyak 238 sampel.

“Setakat ini, kita juga sudah merakam keterangan 86 individu dan masih ada lagi individu yang akan dipanggil untuk dirakam keterangan,” katanya kepada Berita Harian.

Semalam, Hussein memaklumkan polis menemui sehelai sarung kaki dalam takungan air di kawasan anak sungai berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan ditemui pada 6 Disember lalu.

Sarung kaki berkenaan berjaya ditemui selepas polis mengepam keluar air daripada kawasan takungan berkenaan. Hussein berkata sarung kaki berkenaan akan diperiksa dan dianalisis terlebih dahulu untuk menentukan sama ada ia milik mangsa atau sebaliknya.

Sumber