Mo Salah dedahkan taktikal Arne Slot yang memudahkannya untuk fokus kepada serangan.
Pada usianya yang kian meningkat, Mo Salah masih menjadi pemain penting untuk Liverpool.
Dan pemain itu terus menjadi penyumbang utama kepada gol Liverpool secara langsung, menerusi jaringan dan assist.
Menurutnya, di bawah Arne Slot dia tidak begitu banyak bertahan. Sebaliknya fokus lebih kepada serangan.
Liverpool menjuarai EPL 2024/25, selepas membelasah Spurs di Anfield semalam. Dengan Mo Salah turut mencetak gol dalam perlawanan tersebut.
Pemain antarabangsa Mesir itu akhir buka mulut tentang arahan taktikal Slot yang membantunya di atas padang.
Salah dedahkan taktikal Slot
Salah berkata: “Anda boleh melihat angka [jaringan dan assist]. Sekarang saya tidak perlu banyak bertahan.
“Taktiknya agak berbeza. Saya berkata ‘selagi anda merehatkan saya secara bertahan, saya akan memberikan secara serangan’, jadi saya gembira kerana saya melakukannya.
“Dia [Arne Slot] banyak mendengar dan anda boleh lihat nombornya.
“Apabila anda bermain dalam Liga Perdana anda perlu bertahan tetapi saya berkata bahawa saya boleh mengambil risiko dan pada masa yang sama saya boleh memberikan perbezaan.
“Jumlah bantuan saya menunjukkan perkara itu, anda boleh mencipta peluang juga.”
Ketika memenangi liga di hadapan penyokong di Anfield, Salah menyatakan ia adalah detik yang dia idamkan.
Oleh sebab itu dia tidak mahu Arsenal kalah di tangan Palace sebelum ini – yang boleh memberikan Liverpool kejuaraan lebih awal.
Salah dedahkan: “Menonton perlawanan Arsenal-Crystal Palace, saya tidak mahu memenangi [kejuaraan] ketika itu.
“Saya mahukan pengalaman yang belum pernah kami alami sebelum ini.”
Salah berpendapat kejuaraan kali ini jauh lebih indah berbanding 2020. Kerana ketika itu penyokong tidak dibenarkan masuk ke stadium akibat pandemik.
“Ya, ini 100% jauh lebih baik daripada yang sebelum ini, terutama sekali dengan adanya penyokong di Anfield.
“Kami memiliki kumpulan pemain berbeza sekarang. Dan membuktikan kami boleh melakukannya sesuatu yang istimewa sekali lagi.”