Baru-baru ini kecoh di laman Twitter apabila akaun Twitter rasmi RapidKL memuat naik sebuah video yang berdurasi 15 saat yang memaparkan seorang individu berbangsa India menekan interkom di dalam tren lalu memesan McChicken dan ais krim sundae kon seakan sedang membuat pesanan di kaunter pandu lalu McDonald’s telah mendapat respon yang pelbagai daripada netizen.

Video tersebut telah mendapat 55,200 tontonan dan telah menerima lebih 1,900 retweet daripada netizen.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

https://twitter.com/myrapidkl/status/1182221228804698114?s=12

Walau bagaimanpun, dapat dilihat tindakan invidu tersebut hanya lakonan semata-mata dan dikatakan video tersebut telah dipotong pada 3 saat terakhir.

Majoriti netizen yang menulis di posting berkenaan mengatakan bahawa individu tersebut tidak menekan butang interkom tersebut, sebaliknya hanya bergurau bersama dengan rakannya sahaja.

https://twitter.com/mhizarulf/status/1182316281657118720

Ada juga yang memandang serius atas perkara ini dan meminta supaya lelaki tersebut dikenakan tindakan di atas sikapnya itu.

Walau bagaimanapun, video yang dikongsikan oleh RapidKL tersebut hanyalah bertujuan untuk menasihati orang ramai supaya tidak menyalahgunakan fungsi interkom di dalam tren. Denda yang dikenakan kepada individu yang didapati bersalah adalah sebanyak RM10,000.

Pastikan pasport milik anda tidak hilang kerana denda untuk individu yang kehilangan pasport ialah sebanyak RM1,200. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Denda Sehingga RM1,200 Bakal Dikenakan Sekiranya Kehilangan Pasport

Denda RM100,000 Untuk Kontraktor Yang Gagal Sempurnakan Jalan

Individu Halang Kotak ‘Parking’ Boleh Didenda RM2,000 Atau Penjara 6 Bulan

 

Sumber