Baru-baru ini tular, sebuah video yang memperlihatkan tindakan agresif seorang individu dikaitkan berpangkat penting di dalam syarikat streetwear tempatan, Stoned & Co.
Jadi, pihak pengurusan Stone&co telah mengeluarkan kenyataan rasmi dalam menjelaskan situasi sebenar dan pendirian mereka di dalam perihal tersebut.
“Stoned & Co mengambil maklum mengenai rakaman video yang sedang tular di media sosial berkaitan satu insiden yang berlaku di SS15, Subang Jaya.
“Pihak pengurusan Stoned & Co ingin menegaskan bahawa tingkah laku yang dipaparkan dalam video tersebut sama sekali tidak mencerminkan nilai, budaya kerja serta piawaian profesional yang dipegang oleh jenama kami.
“Walaupun ini melibatkan perlakuan peribadi, kami mengakui bahawa individu yang memegang jawatan kepimpinan mempunyai tanggungjawab yang melangkaui kepentingan diri sendiri. Sehubungan itu, perkara ini dipandang serong,” tegasnya.
Antara tindakan segera yang diambil oleh pihak Stoned & Co:-
Difahamkan pihak pengurusan telah mengadakan mesyuarat tergempar dan memutuskan perkara berikut yang berkuat kuasa serta-merta.
Selain itu, individu yang terbabit telah pun digantung tugas dari semua tugas dan tanggungjawab dan berkuat kuasa serta-merta sementara siasatan dan semakan lanjut dijalankan.
Untuk komuniti
“Stoned & Co dibina atas asas komuniti, saling menghormati dan kebertanggungjawaban. Kami amat kesal dengan insiden ini dan memohon maaf atas keresahan serta ketidakselesaan yang telah ditimbulkan.”
Dalam pada itu, mereka sangat komited untuk memastikan prinsip kebertanggungjawaban ditegakkan dalam kepimpinan dan organisasinya.
Malah, pihak syarikat sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada mana-mana pihak berkaitan sekiranya penjelasan lanjut diperlukan.
Buat masa ini, pihak pengurusan Stoned & Co meminta ruang dan keadilan daripada semua pihak agar proses yang sewajarnya dapat dijalankan dengan baik.