Jenama trail & outdoor popular dari Perancis, Salomon akan membuka butik serba lengkap baharu mereka di The Exchange TRX pada 26 Jun 2024.
Butik ini bakal menawarkan pengalaman membeli-belah unik yang pastinya mengikut selera para pelari denai dan bandar serta peminat fesyen.
Salomon di The Exchange TRX akan menawarkan pelbagai pilihan kasut kasut terkini daripada jenama itu dan tidak lupa juga peralatan sukan berprestasi tinggi. Menekankan faktor gaya dan fungsi, Salomon memastikan setiap produk memenuhi keperluan atlet moden dan urban explorer.
Butik ini akan menampilkan pelbagai koleksi menarik, termasuk siri S/LAB yang sangat dinantikan kerana teknologi dan reka bentuk canggihnya.
Selain itu, rangkaian Sportstyle yang popular menawarkan pilihan yang pelbagai dan bergaya untuk pakaian harian. Model edisi terhad seperti kolaborasi eksklusif dengan pereka antarabangsa Sandy Liang, turut boleh didapati di sini nanti.
Sebagai kedai jenama pertama Salomon di Kuala Lumpur, pembukaan ini menjadi tanda penting untuk pengembangan jenama berkenaan di Malaysia.
Jika anda sudah lama berminat untuk cuba jenama ini, boleh singgah ke The Exchange TRX bermula hari ini. Ayuh!